Struktur KBSR
Dilaksanakan pada tahun 1982
Latar Belakang:
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah
seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua
sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan
dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 – Falsafah Pendidikan Negara
dinyatakan secara rasmi.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
1993
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan
Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah
1.
Menguasai
kemahiran asas.
2. Menguasai kemahiran berfikir.
3. Memperoleh ilmu pengetahuan.
4. Menghayati
dan mengamalkan nilai murni.
5. Membentuk sahsiah yang positif.
6. Membina kemahiran sosial.
7. Memeupuk semangat kewarganegaraan.
8. Menanam rasa cinta akan alam sekitar.
9. Memeupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.
10. Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan
diri.
11. Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid:
1.
Menguasai
Bahasa Melayu dengan memuaskan.
2.
Menguasai
kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.
3.
Mempunyai asas
yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan
masalah harian.
4.
Menguasai
kemahiran belajar.
5.
Bertutur,
membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua.
6.
Memperoleh ilmu
pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya.
7.
Mengamalkan
sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas
bagi amalan hidup.
8.
Mempunyai daya
kepimpinan dan keyakinan diri.
9.
Mempunyai
semangat patriotisme.
10.
Mempunyai
pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
11.
Mengembangkan
bakat, kesenian dan kreativiti.
12.
Menguasai
kemahiran saintifik dan teknikal.
13.
Memahami,
meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebuadayaan nasional.
14.
Menjaga
kesihatan dan kecergasan diri.
15.
Menguasai
kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti.
16.
Menguasai
kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu di
dalam Al-Quran bagi murid Islam.
Prinsip-Prinsip KBSR
1.
Perkembangan
menyeluruh.
2.
Penguasaan
kemahiran asas.
3.
Pemupukan
nilai-nilai murni.
4.
Pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid.
5.
Prinsip mudah
ubah.
6.
Pendidikan umum
untuk semua murid.
7.
Pendidikan
seumur hidup.
8.
Bahasa merentas
kurikulum.
9.
Penilaian
berterusan.
Penekanan utama
ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek
yang tekandung dalam kemahiran asas
ialah 3M ialah kemahiran pertuturan,
pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai
murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata
pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.
Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek
teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang.
Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.
Penekanan Dan Tumpuan KBSR
1.
Kemahiran asas
3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
2.
Kemahiran
berfikir.
3.
Nilai merentas
kurikulum
4.
Bahasa merentas
kurikulum.
5.
Patriotisme
merentas kurikulum.
6.
Strategi P
& P yang berpusatkan murid.
7.
Penilaian
berterusan.
8.
Pemulihan dan
pengayaan.
No comments:
Post a Comment