Peluang dalam pasaran ialah
apabila masih terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang
boleh memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan.
Terdapat 2 situasi bagaimana
peluang perniagaan boleh wujud dalam pasaran iaitu :
1.
Barangan yang sudah wujud dalam pasaran tetapi
masih belum dapat memenuhi sepenuhnya permintaan dan citarasa daripada
pelanggan.
2.
Pelanggan inginkan barangan yang dapat membantu
menyelesaikan masalah mereka.
Terdapat 4 langkah utama yang
perlu dilakukan oleh seseorang usahawan dalam mengenalpasti , mengkaji, menilai
dan memilih peluang-peluang perniagaan iaitu :
1.
Mengenalpasti keperluan dan kemahuan/kehendak
pelanggan.
2.
Menganalisis persekitaran, penilaian diri, nilai
masyarakat, pasaran, kewangan, teknikal dan keseluruhan.
3.
Menilai peluang-peluang perniagaan yang wujud
4.
Memilih peluang perniagaan dan merangka rancangan
perniagaan.
Proses
mengenalpasti, mengkaji dan memilih idea-idea perniagaan
|

A) Keperluan dan Kemahuan/kehendak pengguna
-
Keperluan merupakan sesuatu yang asas yang mesti
diperoleh, dimiliki dan digunakan dalam kehidupan seseorang seperti makanan,
pakaian, perlindungan, pendidikan keselamatan dan lain-lain.
-
Kehendak atau kemahuan merupakan keinginan
peribadi untuk sesuatu yang lebih sempurna daripada yang asas. Kehendak
seseorang itu lebih dipengaruhi oleh budaya, tahap pendidikan dan
keperibadiannya.
Keperluan
dan kehendak manusia adalah tidak terhad dan pelbagai. Ini membuka banyak
peluang perniagaan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan.
B) Produk atau Perkhidmatan
Produk – sesuatu yang mempunyai
rupa bentuk fizikal bagi memenuhi samaada secara langsung atau tidak langsung keperluan
dan kehendak pelanggan.
Perkhidmatan – sesuatu yang tidak
mempunyai rupa bentuk fizikal tetapi mampu memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan.
C)
Menganalisis dan kajian terperinci
Penganalisaan yang perlu dibuat
i) Penilaian diri
-
pengalaman
-
pengetahuan dan kemahiran
-
kewangan
-
minat
-
jaringan perhubungan
ii) Penilaian persekitaran
-
memahami struktur penduduk, pendapatan, dan
citarasa
-
rantaian industri (backward/forward)
-
sumber tempatan dan teknologi
-
dasar kerajaan dan perancangan pembangunan negara
-
data import dan eksport
-
mengkaji masalah sosial setempat
iii) Penilaian pasaran
-
sah dari segi undang-undang
-
kuasa monopoli / tahap persaingan
-
geografik, demografik dan psikografik
iv) Penilaian kewangan dan risiko
-
keperluan kewangan / kemampuan modal
-
risiko / risiko perniagaan
v) Penilaian teknikal
-
mengkaji keperluan teknikal
-
menilai keupayaan teknikal yang dimiliki
vi) Nilai masyarakat
-
memberi manfaat kepada masyarakat
-
selaras dengan nilai masyarakat
vii) Penilaian keseluruhan
-
menilaian daya maju dan daya tahan
-
pulangan dan keuntungan
Kajian terperinci dengan memilih
peluang serta merangka rancangan perniagaan.
-
membuat kajian dan mendokumenkan kebolehlaksanaan rancangan perniagaan / idea
tersebut secara terperinci.
·
Perancangan pemasaran
·
Perancangan pengeluaran / operasi
·
Perancangan organisasi
·
Perancangan kewangan
3.3 KEMUDAHAN KHIDMAT NASIHAT / LATIHAN
3.3.1 Agensi kerajaan dan
swasta yang terlibat dalam memberi khidmat sokongan dalam aspek
- Teknikal – kawalan
mutu
- Kerajaan
menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menentukan keluaran yang
dihasilkan oleh usahawan dapat bersaing dengan usahawan lain atau
barangan yang di import.
- Hasil
dan maklumat daripada kajian dan penyelidikan dapat membantu usahawan
meningkatkan mutu keluaran dan memajukan perniagaan
- Agensi-agensi
yang menjalankan kajian dan penyelidikan ialah :
i. Institut Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
ii. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
iii. Institut Penyelidikan
Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)
- Pengurusan Perniagaan
- Dalam
usaha untuk membantu usahawann. Kerajaan telah mengadakan latihan
pengurusan dalam bidang pengetahuan perniagaan, perakaunan, pengurusan
perniagaan dan lain-lain
- Agensi-agensi
yang memberi bimbingan dalam aspek ini adalah seperti Pusat Pembangunan
Usahawan Malaysia (MEDEC) dan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
- NPC
–
i. Matlamat NPC ialah
meningkatkan kualiti dalam pengurusan sector swasta dan awam dengan tumpuan
khas kepada sektor perdagangan dan perindustrian.
ii. NPC memberikan pelbagai
latihan dalam pelbagai aspek pengurusan seperti kaedah menguruskan kakitangan,
pengurusan masa, kewangan, perakaunan serta pentadbiran pejabat.
- Kewangan
- Antara
agensi kerajaan yang menyediakan sumber kewangan kepada usahawan ialah :
i. Majlis Amanah Rakyat
(MARA)
ii. Kementerian Pembangunan
Usahawan (MECD)
iii. Perbadanan Usahawan
Nasional Malaysia
Berhad (PUNB)
- Agensi-agensi
diatas membiayai perniagaan usahawan dengan cara memberi
i. Subsidi
ii. Pinjaman
iii. Kredit jangka pendek dan
jangka panjang
- Penempatan dan Lokasi
- Kerajaan
telah membina dan menyediakan ruang niaga melalui UDA Holdings Berhad dan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) kepada usahawan baru.
- Bangunan
perniagaan disewakan kepada para usahawan untuk menggalakkan penyertaan
dalam dunia perniagaan dengan memberi kemudahan bayaran sewa yang rendah
pada peringkat permulaan dan kadar sewa pasaran setelah perniagaan
berkembang maju.
3.5
MENYEDIAKAN AKAUN PERNIAGAAN
Urusniaga
- Urusniaga
ialah urusan yang meliputi aktiviti membeli dan menjual barang-barang
untuk mendapatkan keuntungan
- Urusniaga
yang direkodkan dalam buku akaun merupakan urusniaga yang melibatkan
pengaliran wang
- Urus
niaga dapat dibahagikan kepada urus niaga tunai dan urus niaga kredit.
- Urusniaga
tunai bermaksud bayaran dibuat ketika barang itu diterima
- Urus
niaga kredit bermaksud bayaran dibuat pada suatu masa yang akan datang
dan bukan pada masa barang itu diterima.
- Definisi
: simpan kira – merekod semua
urus niaga perniagaan secara sistematik.
- Definisi :
Akaun ialah satu rekod
yang mencatat secara ringkas dan sistematik urusniaga yang dilakukan dalam
sesuatu perniagaan.
- Simpan
kira adalah berbeza dengan perakaunan kerana simpan kira hanya melibatkan
proses merekod dengan cara yang tepat dan sistematik manakala perakaunan
melibatkan proses merekod melapor dan mentafsir maklumat kewangan.
Tujuan Menyimpan Rekod Urusniaga
- Mengetahui
kedudukan kewangan pada suatu masa tertentu.
- Mengetahui
keuntungan atau kerugian perniagaannya.
- Mengetahui
jumlah hutang perniagaan dan pemiutangnya,
- Mengetahui
jumlah yang diberi hutang oleh perniagaan dan penghutangnya.
- Mengetahui
asset dan liabiliti perniagaan.
- Mengetahui
modal pemilik dalam perniagaan
Jenis Rekod
Dalam Perniagaan
- Rekod
am – rekod yang menyokong catatan item dalam lejar am seperti jurnal, memo
atau fail.
- Rekod
asas - terdiri daripada lejar am, lejar subsidiary, manual perakaunan, dan
penyata penyesuaian bank yang menjadi sokongan langsung maklumat pada
penyata kewangan.
- Rekod
Belian ialah rekod maklumat belian barang dagangan seperti invois belian,
baucar, pesanan belian dan kontrak belian.
- Rekod
kos memberi bukti mengenai kos yang terlibat seperti lejar, jurnal, baucar
dan invois.
- Rekod
stok – merekod penerimaan, penggunaan dan baki kuantiti stok bagi setiap
item barang dagangan.
- Rekod
gaji – rekod tentang penggajian dan upahan pekerja termasuk senarai gaji
pekerja, potongan bagi sesuatu tempoh, arahan potongan bagi sesuatu
tempoh, arahan potongan gaji, kad masa kerja, dan pengesahan penerimaan
gaji.
Menentukan Kos
Dan Aset
- Aset
- Aset
ialah harta benda yanag dimiliki oleh perniagaan untuk menjalankan
aktiviti perniagaan. Contoh asset ialah wang tunai, stok, alatan pejabat,
kenderaan, bangunan, mesin dan kelengkapan.
- Aset
boleh dibahagikan kepada 2jenis iaitu
i. Aset bukan semasa – aset
tahan lama yang digunakan untuk menjalankan perniagaan seperti kenderaan,
bangunan, mesin dan perabot.
ii. Aset semasa – aset yang
akan berubah nilainya dari semasa ke semasa seperti tunai ditangan. tunai di
bank, stok dan penghutang.
- Liabiliti
- Liabiliti
ialah segala yang dihutang oleh peniagaan kepada pihak lain.
- Liabiliti
terbahagi kepada Liabiliti bukan semasa dan liabiliti semasa
i. Liabiliti bukan semasa
ialah pinjaman yang dibuat oleh perniagaan bagi jangka masa panjang. Biasanya
setahun atau lebih.
ii. Liabiliti semasa ialah liability
bagi jangka masa pendek dan tidak tetap seperti overdraf bank dan pemiutang. (Overdraf
ialah wang yang dikeluarkan melebihi baki yang ada dalam akaun bank)
- Ekuiti pemilik
- Ekuiti
pemilik ialah hutang perniagaan kepada pemilikan perniagaan. Dalam kata
lain ekuiti pemilik ialah tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan .
- Jika
aset perniagaan dibekalkan oleh pemiliknya, persamaan perakaunan dapat
ditulis seperti berkut Aset =
Ekuiti Pemilik
- Jika
asset yang dimiliki oleh perniagaan dibekalkan oleh pemilik dan individu
lain maka persamaan perakaunan
ialah ; Aset = Ekuiti pemilik + Liabiliti atau Ekuiti pemilik = Aset –
liabiliti
- Hasil
- Hasil
ialah jumlah wang atau tuntutan wang yang diperoleh daripada jualan
barang atau perkhidmatan
- Hasil
dapat dibahagikan kepada pendapatan kasar dan pendapatan bersih
i. Pendapatan kasar ialah
hasil dalam suatu tempoh perakaunan sebelum ditolak kos barang dijual dan
belanja kendalian bagi tempoh tersebut
ii. Pendapatan bersih ialah
hasil dalam suatu tempoh perakaunan selepas ditolak kos barang dijual dan
belanja kendalian bagi tempoh tersebut
iii. Hasil menyebabkan
pertambahan dalam ekuiti pemilik
- Belanja
- Belanja
ialah jumlah wang yang digunakan untuk menguruskan perniagaan seperti
gaji, insuran, sewa, faedah,
- Belanja
menyebabkan pengurangan ekuiti pemilik
- Modal
- Modal
ialah wang tunai dan aset yang dibawa masuk untuk memulakan sesuatu
perniagaan
- Pemilik
perniagaan dianggap sebagai pemiutang kepada perniagaannya.
Sudut Uji Diri
Nyatakan
setiap pernyataan berikut berkaitan dengan aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil
atau belanja.
- Menerima
sewa – Hasil
- Hutang
kepada pembekal – liabiliti
- Tunai
di bank – Aset
- Bayar
bil air – belanja
- Mendapatkan
kemudahan overdraf – liability
- Hutang
oleh pelanggan - Aset
- Menambah
modal perniagaan - ekuiti pemilk
- Membayar
gaji kepada pekerja - belanja
KITARAN
PERAKAUNAN PERNIAGAAN
:
Merekod Urusniaga
Sistem catatan Bergu
- Catatan
bergu ialah membuat dua catatan ke dalam dua akaun yang berlainan dengan
nilai yang sama.
- Semua
akaun dalam buku lejar direkodkan mengikut sistem catatan bergu.
- Akaun
yang menerima akan didebitkan dan akaun yang memberi akan dikreditkan.
- Maka
setiap urus niaga mesti dicatat dua kali ke dalam akaun yang berasingan.
- Contoh
merekod secara catatan bergu :
- Jun
15 Belian tunai RM 500
i. Dua akaun yang terlibat
ialah Akaun Belian dan Akaun Tunai
ii. Akaun Belian ialah akaun
yang menerima nilai dan Akaun Tunai ialah akaun yang memberi nilai.
iii. Debitkan Akaun Belian (
menerima nilai) dan kreditkan Akaun Tunai (memberi nilai).
iv. Catatan dalam akaun adalah
seperti yang berikut :
Dt. Akaun Belian Kt.
RM
Jun 15 Tunai 500
Dt. Akaun Tunai Kt.
RM
Jun 15 Belian 500
Uji Diri
- Sebutkan
akaun yang didebitkan dan dikreditkan untuk urusniaga berikut :
- Beli
computer secara tunai untuk kegunaan pejabat Jawapan :
i. Debit akaun alatan pejabat
ii. Kredit akaun tunai
- Jual
perabot lama secara tunai
i. Debit Akaun Tunai
ii. Kredit Akaun Perabot
3.5.3 KUNCI KIRA-KIRA
1. Kunci kira-kira ialah satu penyata
kewangan yang menunjukkan aset dan liabiliti perniagaan pada tarikh tertentu.
Ia disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas Akaun Penamat disediakan.
2. Kunci
kira-kira mempunyai bahagian aset dan bahagian liabiliti. Bahagian aset dicatat
disebelah kiri Kunci kira-kira dan bahagian liabiliti dicatatkan disebelah
kanan Kunci kira-kira.
3. Kunci
kira-kira disediakan untuk menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan,
iaitu
a jumlah nilai aset yang ada dalam
perniagaan
b jumlah nilai liabilitinya
c jumlah modal pemiliknya
d jumlah keuntungan atau kerugian
perniagaan
e prestasi semasa perniagaan
PENYEDIAAN KUNCI KIRA-KIRA
Terdapat
2 format kunci kira-kira iaitu :
- Format kunci kira-kira bentuk “T”
- Format kunci kira-kira bentuk penyata
1. Format
kunci kira-kira bentuk “T”
Syarikat Mestijaya Sdn. Bhd.
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2005
Aset Bukan Semasa Ekuiti pemilik
Bangunan xx Modal
Awal xx
Jentera xx (+) Untung bersih xx
Kenderaan xx xx
Perabot xx (-)
Ambilan xx
(A) Modal akhir (C)
Aset Semasa Liabiliti Bukan Semasa
Tunai xx Pinjaman (D)
Bank xx Liabiliti
Semasa
Penghutang xx Overdraf
Bank xx
Stok
akhit xx Pemiutang xx
(B) (E)
(A) + (B) (C)+(D)+(D)
*Nota
i.
Jumlah aset mestilah sama dengan ekuiti pemilik + liability atau (A) + (B) =
(C) + (D) + (E)
ii. Tajuk Kunci Kira-kira ialah “ Kunci
Kira-kira pada …”
- Format Kunci kira-kira bentuk penyata :
Syarikat
Mestijaya Sdn. Bhd.
Kunci
Kira-kira pada 31 Disember 2005
RM RM
Aset Bukan Semasa xx
Bangunan xx
Jentera xx
Kenderaan xx
Perabot xx
(A)
Aset Semasa
Tunai xx
Bank xx
Penghutang xx
Stok Akhir xx
xxx
Tolak Liabiliti Semasa
Overdraf bank xx
Pemiutang xx
Modal kerja (B)
(A)+(B)
Dibiayai
oleh :
Ekuiti Pemilik
Modal awal xx
Tambah Untung bersih xx
xx
Tolak Ambilan xx
Modal akhir (C)
Liabiliti
Bukan Semasa
Pinjaman (D)
(C)+(D)
Nota
- (A)
+ (B) = (C) + (D)
ii. Modal kerja = Aset semasa –
Liabiliti semasa
Latihan
Berikut
adalah senarai baki yang diambil dari Buku Syarikat Yeo Sdn Bhd pada 31
Disember 2005. Sediakan Kunci Kira-kira dalam bentuk “T” dan bentuk penyata
daripada maklumat yang diberi :
|
RM
|
|
RM
|
Modal
Untung
bersih
Ambilan
Tunai
di tangan
Tunai
di bank
Penghutang
Pemiutang
|
85 000
30 000
8 000
3000
18 000
6 000
7 000
|
Stok
akhir
Overdraf
bank
Pinjaman
Bangunan
Jentera
Kenderaan
Perabot
|
12 000
5 000
30 000
45
000 18 000
36 000
11 000
|
Halo semuanya, Nama saya Sasha Ahmad, seorang warga negara Malaysia; Saya berusia 38 tahun .. Saya ingin menggunakan media ini untuk menginformasikan Anda semua tentang kebaikan tuan karena akhirnya membimbing saya kepada pemberi pinjaman yang benar-benar dan tulus bernama Bryan M Corsini, direktur pelaksana MODAL SUMBER KEUANGAN setelah ditipu oleh pemberi pinjaman palsu lainnya, saya tidak punya harapan dan tidak tahu siapa yang harus dipercaya ketika dia datang dan memberikan senyum yang luar biasa di wajah saya karena kejutan terbesar saya. Siapa pun dari Anda yang juga menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi, saya telah membawakan Anda kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percayai, cukup hubungi mereka sekarang melalui email: {capitalsourcefinancellny@gmail.com}} melalui Whatsapp +1 832-648-2931 untuk info lebih lanjut tentang cara mendapatkan pinjaman Anda atau Anda dapat menghubungi saya melalui email saya untuk panduan dan saran lebih lanjut tentang cara mengajukan pinjaman dari Mr. Bryan di sashaahmad247@gmail.com. Dan sekali lagi terima kasih kepada Bryan M Corsini karena memberi saya pinjaman sebesar $ 80.000.
ReplyDeleteArtikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
ReplyDeleteHai semuanya, Nama saya Angga Annisa dan saya berbicara sebagai orang yang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang saya secara finansial dipukul tanpa harapan akan bantuan apa pun, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan Ibu. Saya sangat senang untuk mengatakan keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp.700juta untuk memulai hidup saya di sekitar karena profesi saya karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia tampak seperti itu tergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya kepada sebuah perusahaan yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, ISKANDAR LENDERS, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700 juta dan saya akan menyarankan siapa pun yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Bunda Iskandar melalui email. [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik
ReplyDeleteContact Details:
e_mail Address:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com>>>>
WhatsApp:::+6282274045059
Company::Iskandar Lenders"""""
Loan Amount:::Rp.700juta
Name:::::Angga Annisa
Country::::Indonesia
Occupation:Trader
Year:April,2020
Jumlah minimum>>>>>>Rp.100 juta
Jumlah maksimum>>>>>Rp.100 miliar