Penerapan Kerja
Berpasukan dalam Organisasi Sekolah
https://figshare.com/s/a2ae2e100b65aadc53c6
https://independent.academia.edu/SaifulAzley/ResearchInterests
ResearcherID:P-9974-2016
http://orcid.org/0000-0002-7707-7511Pengenalan
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk
kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan
menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah
pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi
yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan
pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi
pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Istilah ‘kerja berpasukan’ memberikan maksud sekumpulan manusia
yang berkerja bersama-sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga
menunjukkan bagaimana manusia bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan
kerja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Tetapi ia tidak bermakna
setiap individu tidak mempunyai kepentingan. Sebaliknya keberkesanan dan
kecekapan kerja berpasukan sering kali melewati kepentingan dan sasaran secara
individu. ‘Kerja berpasukan’ yang paling berkesan adalah apabila semua individu
melibatkan diri dan member sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang
sama.
Kerjasama menghasilkan produk atau pendidikan yang berkualiti
dengan penuh rasa tanggungjawab adalah kerja berpasukan. Setiap ahli kumpulan
mempunyai tanggungjawab dan kepakaran masing-masing yang perlu digunakan bagi
menghasilkan keberhasilan warga ssekolah dan sekolah. Sekolah boleh dinilai
berdasarkan kualiti keberhasilan dan kualiti kerjasama yang ditunjukkan oleh
warga sekolah dalam usaha menjadi satu kumpulan. Kerjasama yang erat dengan
berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang membawa kejayaan kepada
mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu mengenepikan perbezaan dan
bekerja bagi mencapai matlamat itu.
Kepentingan kerja berpasukan adalah bagi membantu ahli
organisasi sekolah membina keyakinan dalam menyuarakan pendapat serta mempunyai
kemahiran yang diperlukan bagi bekerja dengan orang lain. Ia juga menjurus ke
arah belajar bekerja dengan warga sekolah lain. Jarang terdapat pasukan kerja
yang dijadikan contoh. Kebanyakkan kita mementingkan dan menekankan supaya
menjadi yang terbaik secara individu. Pekerja jarang didedahkan dengan
persekitaran yang menekankan kerjasama dan kita sudah dibiasakan dengan menilai
kepelbagaian manusia dari segi idea, latar belakang dan pengalaman. Kita boleh
mewujudkan budaya kerja secara berpasukan dengan melakukan beberapa perkara
secara betul. Jika dilakukan dengan tekun dan menghargai nilai, perkara ini
dapat dicapai walaupun sukar.
Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda
yang menjadi keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi
hanya berkaitan dengan sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi juga
melibatkan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kualiti pendidikan.
Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu
melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh yang demikian, kerja
secara berpasukan amat penting diamalkan di sekolah untuk menentukan kejayaan
sesebuah sekolah.
Ciri-ciri pentadbir sekolah mentransformasikan kerja berpasukan
secara kreatif dan inovatif
Pengetua atau Guru Besar dalam kerja berpasukan perlu mempunyai
cirri-ciri tertentu dalam melaksanakan perubahan dengan berkesan. Ini kerana,
tugas pengetua dan guru besar dalam pasukan bagi mencorakkan ahli yang
dipimpinnya adalah berat. Pengetua dan pasukan kerja perlu memiliki ciri-ciri
yang baik dan positif kerana kepada mereka menjadi contoh ikutan kepada orang bawahan.
Antara ciri-ciri pengetua dalam mentransformasikan kepimpinan yang kreatif dan
inovatif adalah :
1)
Mempunyai matlamat
yang jelas
Pengetua yang mentransformasikan kepimpinan
melalui kerja berpasukan terlebih dahulu perlu membentuk matlamat yang jelas.
Matlamat ini perlu diterangkan kepada ahli pasukan supaya semuanya memahami apa
yang ingin dicapai melalui kerja berpasukan itu. Matlamat adalah kekuatan yang
mendorong pengetua untuk mewujudkan pasukan yang kreatif dan inovatif. Matlamat
ini perlu mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat serta
komitmen setiap ahli pasukan.
2)
Komited kepada tugas
Pengetua perlu mempunyai dan menunjukkan sikap
komited pada tugasnya. Adalah bercanggah sekiranya pengetua meminta ahli
pasukan melakukan tugas sedangkan beliau sendiri tidak menunjukkan minat
dan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugas itu. Beliau perlu menjadi
contoh dan teladan yang baik kepada ahli yang pasukan yang lain.
3)
Ketahanan mental,
emosi dan fizikal yang tinggi
Sebagai penjana perubahan, pengetua perlu
mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal yang tinggi bagi menjalankan
tugas sebagai warga sekolah dengan berkesan. Sekiranya pengetua tidak mempunyai
daya ketahanan ini, warga sekolah tidak mampu mmenghadapi pelbagai cabaran dan
halangan yang mendatang baik daripada pasukan itu sendiri ataupun daripada
faktor luaran. Dari segi fizikal, pengetua perlu mempunyai tubuh badan yang
sihat dan cergas. Kecergasan fizikal dan ketidakstabilan emosi mempengaruhi
sikap dan tingkah laku guru pada tugas dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang
terlalu emosional lebih mudah mengalami tekanan dan sukar diajak berunding dan
mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan autokratik.
4)
Kemahiran
berfikir secara dinamik
Bagi membolehkan pengetua merealisasikan
matlamat, warga sekolah perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif. Melalui
cara ini, masalah kurang hubungan, sokongan dan komitmen daripada ahli pasukan
dapat ditangani dengan mudah dan berkesan. Selain itu, kemahiran ini juga
penting kepada pengetua bagi membuat ramalan dan jangkaan berkenaan cabaran dan
masalah yang bakal dihadapi dalam pasukannya. Paling penting adalah membuat
perancangan berkenaan agenda yang hendak dilaksanakan dlam kumpulan itu.
5)
Ilmu dan tahap
kognitif yang tinggi
Pengetua perlu mempunyai ilmu dna tahap
kognitif yang tinggi. Beliau sebaik-baiknya memiliki tahap keupayaan kognitif
yang tinggi bagi memikir, memahami dan mengenal pasti setiap agenda yang hendak
dilaksanakan. Dengan itu, pengetua dapat merancang, membuat jangkaan dan
ramalan, mengenal pasti sektiap keperluan, menyusun strategi dan seeterusnya
melaksanakannya. Biasanya pengetua yang Berjaya mempunyai tahap ilmu
pengetahuan atau IQ yang tinggi berbanding ahli bawahannya. Ciri ini penting
bagi membolehkan pengetua menangani setiap masalah secara rasional.
6)
Kemahiran diagnostik
yang efektif
Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah adalah satu lagi ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua dalam menangani
masalah pasukannya. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli pasukan memerlukan
penyelesaian yang cepat dan betul. Dalam erti kata lain, pengetua perlu
mempunyai kemahiran diagnostik dalam mmenjalankan peranannya sebagai ketua
pasukan. Ketua pasukan perlu bijak mengenal pasti dan menyelesaikan setiap
masalah.
7)
Kemahiran komunikasi
yang berkesan
Pengetua perlu mengamalkan komunikasi yang
berkesan dalam melaksanakan setiap tugas dan program. Pengetua perlu
menerangkan dengan jelas berkenaan matlamat, kenapa, mengapa dan bagaimana
tugas ataupun program itu hendak dilaksanakan. Jika pengetua tidak dapat
berkomunikasi dengan baik, visi dan wawasan organisasi sekolahtidak dapat
diperjelaskan. Ketua perlu memahami proses, pola dan saluran komunikasi yang
betul supaya matlamat dapat disampaikan dan diterima oleh ahli-ahli yang lain.
Melalui cara ini jurang komunikasi antara ketua dan ahli-ahli kumpulan dapat
dikurangkan.
8)
Akhlak dan personaliti
yang baik
Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak lengkap
jika tidak mengambil kira dari sudut ketinggian moral, akhlak dan personaliti.
Pengetua yang tidak menunjukkan kahlak dan personaliti yang baik, tidak
diterima oleh warga sekolahnya dengan ikhlas. Hal ini tentu menyulitkan agenda
yang hendak dilaksanakan melalui kumpulan kerana pengetua sukar mendapat
kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat.
9)
Cekap mentadbir dan
mengurus
Pengetua perlu berupaya mengurus dan mentadbir
dengan cekap dan berkesan. Setiap agenda, perkara dan program yang dirancang
mengalami perubahan dan menimbulkan pelbagai konflik dan ketegangan. Kebolehan
mengurus dan mentadbir pasukan dengan bijak adalah dituntut.
Pasukan kerja yang berkesan akan menambahbaikan lagi pengurusan
yang berkesan, dinamik serta dapat beri kepuasan dan motivasi kepada guru.
Dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi ini akan menghasilkan suasana budaya
kerja cemerlang dan seterusnya berjaya mencapai objektif, visi dan misi sekolah
dan membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia. Kerja
berpasukan mampu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
guru-guru yang melakukan kerja secara kolaboratif. Ia mampu juga meningkatkan
produktiviti mereka. Kerjasama antara para pendidik dan pihak pengurusan
sekolah akan merealisasikan pencapaian matlamat sekolah, seterusnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kerjasama secara berpasukan di kalangan pihak pengurusan
dan guru serta seluruh organisasi sekolah bukanlah mudah untuk dicapai dan
keadaan sedemikian memerlukan pengorbanan kepentingan individu demi keutamaan
matlamat dan kepentingan organisasi. Oleh itu, amatlah wajar diberi perhatian
terhadap kerja berpasukan dalam organisasi sekolah dan keberkesanan
pengaplikasian kerja berpasukan oleh pihak yang terlibat terutamanya di
sekolah.
Peranan pengetua dan guru besar mengurus kerja berpasukan
Pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang mencakupi
pelbagai aspek dalam memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat
yang ditetapkan. Apabila pemimpin melaksanakan peranannya secara kreatif dan
inovatif, beliau dapat mengorganisasikan pasukannya dengan baik. Antara peranan
pemimpin pasukan adalah :
1)
Perancang
Pengetua yang baik perlu bijak merancang dan
menyusun perancangan. Perancangan yang dibuat perlu diteliti dan mempunyai tujuan
yang jelas. Dalam merancang kerja, pengetua perlu mendapatkan idea-idea
daripada ahlinya supaya kualiti kerja dapat ditingkatkan lagi. Beliau juga
perlu bertindak dengan berkesan bagi menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya
bekerja secara aktif baik dari aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam
perancangan, banyak perkara ayng perlu difikirkan, diurus dan ditadbir dengan
dimensi dan perspektif yang baru oleh ketua dan pasukannya. Warga sekolah perlu
memikirkan berkenaan perjalanan, kos sama ada dalam bentuk kewangan, ataupun
bukan kewangan serta risiko yang bakal dihadapi kemudian hari.
2)
Pelaksana
Pengetua sebaik-baiknya tidak menggunakan
kuasa yang diperolehi bagi memaksa ahli-ahlinya melaksanakan kehendaknya yang
bersifat peribadi. Sebagai pelaksana, pengetua perlu berusaha menjalankan
ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya. Mereka juga perlu melaksanakan program
yang ditetapkan bersama. Dalam aspek ini, pengetua perlu mengambil kira susunan
tugas ahli kumpulan mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras
dengan matlamat organisasi. Bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja,
faktor-faktor seperti minat, kepakaran dan kemahiran setiap ahli kumpulan perlu
diambil kira dalam menstrukturkan tugasan. Melalui cara ini, pasukan kerja itu
akan memperoleh kejayaan.
3)
Ahli ataupun
sebahagian daripada ahli kumpulan
Pengetua tidak dapat berdiri dengan sendiri
tanpa ahli-ahli dibelakangnya. Warga sekolah adalah sebahagian yang tidak
terpisah daripada kumpulannya. Walaupun sebagai ketua, pengetua juga perlu
bertindak sebagai ahli dalam pasukan kerja itu.
Pengetua perlu duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Beliau tidak sepatutnya
mewujudkan jurang perbezaan bagi mengasingkan diri daripada bergaul dan
berinteraksi dengan orang bawahannya. Ketua yang baik bukan memberi arahan,
tetapi bersama-sama dengan ahli pasukannya memberi tunjuk ajar dan melaksanakan
tugas. .
4)
Mengawasi hubungan
antara ahli kumpulan
Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat
pelbagai ragam dan perbezaan sifat atau tingkah laku antara setiap ahli.
Perbezaan ini mewujudkan pelbagai pendapat dan menimbulkan konflik sehingga
mencetuskan suasana tegang dalam pasukan kerja itu. Tugas pengetua adalah
menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha membangunkan
hubungan yang harmoni serta semangat bekerjasama antara setiap ahlinya.
5)
Pemberi ganjaran,
pujian ataupun hukuman
Pengetua sebaik-baiknya dapat menggembirakan
hati ahli-ahlinya yang kuat bekerja serta memberi banyak sumbangan kepada
kempulannya melalui ganjaran. Pengetua boleh memberikan ganjaran berbentuk
pujian apabila ahli kumpulannya melaksanakan tugas dengan jayanya. Apabila
pengetua menunjukkan siakp menghargai sumbangan para ahlinya, secara tidak
langsung beliau mendapat kerjasama yang padu daripada orang bawahannya. Orang
bawahan juga akan terus meningkatkan sumbangan kerana hasil penat lelah warga
sekolah selama ini dihargai oleh pihak pentadbir. Melalui cara ini, tidak
timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan. Di samping itu, pengetua
juga perlu berani dan bertindak tegas ke atas ahli-ahli yang merugikan kumpulan
kerja. Namun, hukuman tidak digalakkan dikenakan ke atas ahli yang melanggar
arahan dan tidak melaksanakan tugasan. Pengetua perlu menggunakan jalan
penyelesaian dan pendekatan yang berhemah bagi mengatasi masalah ini.
Contohnya, pengetua perlu menegur orang bawahannya terlebih dahulu di samping
membimbing warga sekolah membetulkan kesilapan yang dilakukan. Jika jalan penyelesaian
yang diambil tidak mampu mengatasi masalah itu, maka tindakan tegas pelru
diambil.
6)
Pengantara
Dalam menyelesaikan perselisihan atau menerima
aduan daripada anggota kumpulannya, pengetua perlu bertindak tegas, tidak pilih
kasih ataupun hanya mementingkan satu pihak sahaja. Pengetua sebagai pengantara
mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh ahli pasukan itu.
Konflik yang berlaku dalam pasukan kerja yang tidak dapat diselesaikan
memerlukan bantuan daripada pihak ketiga untuk mengatasinya. Konflik
menjejaskan semangat kerjasama setiap ahli dan merugikan pasukan. Apabila
konflik tidak di atasi dengan cara yang bijak, pembentukan kerja berpasukan
menjadi sia-sia. Peranan pengetua adalah bertindak sebagai orang tengah dalam
menjaga keharmonian pasukan kerja, seterusnya dapat menyumbang kepada
kecemerlangan pasukan itu. Pengetua juga perlu bertindak sebagai pengantara
kepada orang bawahannya dengan pihak atasan. Sebarang maklumat daripada pihak
atasan perlu disampaikan kepada ahlinya.
7)
Pemegang tanggungjawab
ahli
Pengetua perlu bertanggungjawab ke atas
perbuatan ahlinya yang dilakukan atas nama kumpulannya. Ini kerana, pengetua
sudah diamanahkan bagi menjaga ahli-ahli di bawah pimpinannya. Apabila sesuatu
berlaku pada ahlinya, pengetua harus bertanggungjawab bagi memastikan
ahli-ahlinya berada dalam keadaan baik.
8)
Bertindak sebagai
‘ayah atau ibu’
Tindakan pengetua kepada anak buah atau
kumpulannya perlu menggambarkan seolah-olah tindakan ayah ataupun ibu kepada
anggota keluarganya. Begitu juga perumpamaan yang diberikan kepada pengetua
dalam pasukan kerja. Pengetua perlu menganggap orang bawahannya seperti ahli
keluarga yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Pengetua perlu mengambil berat
hal ehwal ahli pasukannya seperti kebajikan, penyediaan kemudahan dan
sebagainya. Hubungan sesame ahli juga perlu dititikberatkan. Pemimpin kerja
berpasukan perlu berusaha mewujudkan hubungan bersikap kekeluargaan yang mesra
antara satu sama lain. Ini bertujuan bagi menjamin sifat kerukunan pasukan itu
sepanjang masa.
9)
Penanggung risiko
Sama ada pasukan yang dipimpin berjaya atau
tidak, pemimpin perlu menanggung setiap risiko yang bakal dihadapinya. Warga
sekolah perlu menyedari dirinya adalah tempat melemparkan kesalahan dan keburukan
yang terjadi dalam kumpulannya. Warga sekolah perlu berani bertanggungjawab
atas kesalahan orang lain. Para pengetua perlu mengetahui ciri-ciri
keterampilan dan peranan masing-masing sekiranya inging menjadi pemimpin yang
efektif. Apabila pengetua dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang positif dan
melaksanakan peranan warga sekolah dengan sebaiknya, warga sekolah mempunyai
peratus kejayaan yang tinggi bagi memimpin pasukannya melangkah ke arah yang
lebih berdaya saing. Ini kerana pengetua adalah individu paling penting bagi
mengemudi dan mencorakkan pasukannya mengikut acuan yang sudah dibentuk.
Pengetua eprlu mencari kaedah yang berkesan bagi berurusan dan berhadapan
dengan perubahan bagi mengekalkan keberkesanan organisasi. Pengetua perlu menghormati
dan mengintegrasikan faktor persekitaran seperti individu, kumpulan, organisasi
dan komuniti dalam meningkatkan pencapaian matlamat demi keuntungan bersama.
Peranan pengetua sebagai pemimpin dalam kehidupan
seseorang guru haruslah diserlahkan melalui peranan role model atau
mentor. Pengetua boleh bertindak dalam pelbagai cara agar warga sekolah dapat
melabel mereka sebagai tempat rujukan yang boleh dicontohi atau dijadikan
idola. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh diteladani
oleh seluruh warga sekolah. Pengetua juga perlu mentranformasikan kepimpinan
melalui kerja berpasukan terlebih dahulu dalam membentuk wawasan dan matlamat
yang jelas. Wawasan ini perlulah mempunyai gambaran yang realistik dan mampu
menaikkan semangat serta komitmen setiap warga sekolah.
Kepimpinan
seorang pengetua perlu mencakupi pelbagai aspek dalam memastikan pasukannya
bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila pemimpin
melaksanakan peranannya dengan berkesan, beliau dapat mencapai matlamat
pasukannya dengan baik. Selain itu, setiap pengetua perlu melengkapkan diri
dengan kemahiran yang lengkap dari segi fizikal dan teknikal kerana sebagai
pengetua, mereka perlu bersikap proaktif dan bersedia mengambil risiko serta
berani keluar daripada kepompong keselesaan. Pengetua yang melakukan
transformasi kepimpinan seharusnya sentiasa memahami dan melibatkan orang lain
dalam apa jua keadaan sekali pun kerana di sinilah mereka mendapat mandat dan
kepercayaan daripada setiap ahli dalam organisasi. Proses pengagihan kepimpinan
ini tidak boleh bergantung pada arahan dan kawalan sahaja tetapi perlulah
mendapat kerjasama dan persefahaman bersama. Jika guru mampu mentadbir dan
mengurus secara sendiri, ini dapat meningkatkan profesionalisme guru sekali gus
mengurangkan pergantungan terhadap kepimpinan.
Kelebihan
Kerja Berpasukan
Menurut
Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah
kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah
pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja
dan meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia dapat
mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan
merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan individu boleh
dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli pasukan boleh
dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli
pasukan. Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti meningkatkan
rangsangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja, mengurangkan
sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara
yang tidak sihat dan mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan
akan sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan
suasana yang intim. Mereka juga akan meningkatkan perasaan bangga kepada
pasukan dan organisasi. Pasukan kerja yang berjaya akan memiliki ciri-ciri
tersendiri dengan hasil yang menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am kerja
berpasukan adalah sempadan yang jelas, manfaat daripada kemahiran yang
pelbagai, tugasan yang jelas untuk dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh,
bergantung pada kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai,
akauntabiliti individu dan saling bergantung, kerja secara kolektif, aktif
dalam penyelesaian masalah, perbincangan secara terbuka, saling bergantung dan
kepimpinan berkongsi. Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin
yang terkuat untuk melaksanakan perubahan organisasi. Pasukan kerja yang
berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan
dengan sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi
sekolah, pasukan kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat
yang jelas. Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teori-teori pengurusan yang
membicara kerja berpasukan. Manfaat yang akan diperolehi oleh pengetua dalam
mewujudkan pasukan ayng kreatif dan inovatif dengan bertindak kerja berpasukan
ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian
yang berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan
moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang
menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan. Masalah-masalah yang dikongsi
bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan
berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan
lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding
dengan
cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat
berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang
penting kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan
idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan
kakitangan dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi.
Ahli
kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan,
pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan.
Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan
mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan
kualiti kerja yang dijalankan. Dalam suasana kerja berpasukan, ahli
pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-mempercayai sesama mereka. Dengan
perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak
dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat
membuat keputusan keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan
sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri
masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.
Peranan pengetua sebagai pemimpin perlu
membina konsep kekitaan atau kerja sepasukan agar penambahbaikan organisasi
dapat dilakukan secara berterusan. Pengetua juga perlu menunjukkan strategi
yang dapat membantunya mengadaptasi dan melibatkan diri dengan persekitaran
antaranya menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat persekitaran sama ada
dengan jabatan kerajaan, swasta mahupun individu. Dapat disimpulkan, tugas atau
peranan pengetua yang mentransformasikan kepimpinan organisasi pendidikan tidak
hanya tertumpu pada definisi pemimpin itu sahaja, bahkan memimpin dan
mempengaruhi orang lain dengan usaha yang gigih dalam mencapai matlamat
organisasi. Pengetua juga perlu menguasai kemahiran kemanusiaan serta bertindak
sebagai penjana perubahan, serta perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
menguruskan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh warga sekolahnya.
Pengetua selaku peneraju utama dalam
kepimpinan peringkat sekolah perlu melakukan satu anjakan paradigma kerana
perubahan dalam organisasi itu sangat penting dilaksanakan. Tanpa perubahan,
organisasi itu tidak akan mencapai matlamat dan kecemerlangan. Namun, bagi
melaksanakan perubahan bukan sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Ia
memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan itu dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www , SmsQQ , com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
bosku minat daftar langsung aja bosku^^
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www , SmsQQ , com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
bosku minat daftar langsung aja bosku^^
your article really too good i like it
ReplyDeletemust read this
https://keeponmovings.site/how-to-create-a-great-team
https://keeponmovings.site/ones-attitude-reflects-ones-personality/
ReplyDeletethank you pemilik article.. saya suka dgn cara penerangannya sebgai pngetua.. bnyak manfaat yg saya dpt melalui article ni.. neol sarangheyo
ReplyDelete