Teori Kontigensi
Fiedler
Teori Kontigensi
Fiedler dibangunkan oleh Fred Fiedler pada akhir tahun 1960. Ia percaya
keberkesanan gaya kepimpinan yang berbeza-beza bergantung pada situasi. Fiedler berpendapat
bahawa ada dua jenis pemimpin, tugas pertama dan berorientasi pada orang-orang
berorientasikan yang pertama. Unsur-unsur yang
akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan adalah :
1)
Bagaimana jelas dan berstruktur situasi pekerjaan
2)
Berapa banyak kedudukan kuasa
pemimpin
3) Hubungan antara
pemimpin dan pengikut
Fiedler
berpendapat bahawa situasi yang paling menguntungkan adalah salah satu yang
memiliki lingkup yang jelas, kuasa kedudukan tinggi dan hubungan baik antara
pemimpin dan pengikut. Fiedler juga
mendapati bahawa para pemimpin yang berorientasikan tugas lebih berkesan sangat
menguntungkan atau tidak menguntungkan situasi, sedangkan hubungan pemimpin
berorientasikan prestasi terbaik dalam situasi dengan keadaan yang berkesan.
Teori Kontigensi
Fiedler menunjukkan hubungan antara orientasi pemimpin atau gaya dan
prestasi kumpulan yang berbeza di bawah keadaan situasional. Teori ini didasarkan pada penentuan orientasi pemimpin (hubungan atau tugas), unsur-unsur dari situasi (hubungan pemimpin-ahli, tugas struktur, dan kekuasaan pemimpin kedudukan), dan orientasi pemimpin yang dijumpai paling berkesan kerana situasi berubah daripada keadaan yang minimum hingga keadaan yang maksimum untuk mengawal kualiti. Fiedler mendapati bahawa tugas pemimpin yang berorientasikan lebih berkesan dalam situasi minimum dan maksimum kawalan
dan hubungan pengurus berorientasi lebih berkesan dalam situasi kawalan moderat.
prestasi kumpulan yang berbeza di bawah keadaan situasional. Teori ini didasarkan pada penentuan orientasi pemimpin (hubungan atau tugas), unsur-unsur dari situasi (hubungan pemimpin-ahli, tugas struktur, dan kekuasaan pemimpin kedudukan), dan orientasi pemimpin yang dijumpai paling berkesan kerana situasi berubah daripada keadaan yang minimum hingga keadaan yang maksimum untuk mengawal kualiti. Fiedler mendapati bahawa tugas pemimpin yang berorientasikan lebih berkesan dalam situasi minimum dan maksimum kawalan
dan hubungan pengurus berorientasi lebih berkesan dalam situasi kawalan moderat.
Pendekatan dari
segi sikap dan perilaku memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
keberkesanan kepimpinan seseorang ketua. Keberkesanan ini telah diakui melalui
dua cara atau tindakan iaitu, ciri-ciri yang ada dalam diri seseorang individu
dan situasi di mana mereka mengenal pasti diri mereka sendiri. Teori Kontigensi
merupakan satu daripada pendekatan yang paling popular dalam memahami konsep
kepimpinan, teori Fiedler memfokuskan kepada dua kepentingan dalam isu
kepimpinan : (1) kenapa dalam sesetengah situasi, seorang ketua perlulah lebih
efektif jika dibandingkan dengan ketua yang lain walaupun mereka mempunyai
mandat yang baik, dan (2) kenapa sesetengah ketua lebih efektif dalam satu
situasi sahaja tetapi tidak dalam situasi yang lain.
Pada dasarnya teori
kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan kepimpinan adalah bergantung kepada
kesesuaian dan kelarasan personaliti dan tingkah laku pemimpin dengan
faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa, kedudukan atau jawatan,
dan kemahiran serta sikap para pekerja. Teori kontigensi menganggap bahawa
tidak terdapat satu gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi,
ini bergantung pada situasi dan tahap keupayaan pekerja. Oleh itu seorang
pentadbir atau pemimpin harus mengenal pasti faktor-faktor yang paling penting
yang boleh mempengaruhi tingkah laku pemimpin dalam situasi yang tertentu, dan
meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk situasi tersebut.
Teori kontigensi
ini diasaskan oleh Fred E. Fiedler dan rakan-rakannya di Universiti Illinios di
Amerika Syarikat. Nama penuh teori ialah Model Kontigensi Untuk Keberkesanan
Kepimpinan. Andaian-andaian utama yang dipegang ialah:
i)
Proses kepimpinan adalah proses
mempengaruhi para pekerja
ii)
Kuasa yang dating dengan jawatan yang
dipegang dan pengaruh yang dipunyai oleh seseorang pemimpin menentukan
keupayaannya untuk melaksanakan perancangan, membuat keputusan, dan mengatur
strategi tindakan dalam operasi.
iii)
Situasi yang berbeza-beza memerlukan
jenis kepimpinan yang berbeza-beza. Begitu juga kepimpinan yang berkesan dalam
satu situasi mungkin tidak berkesan dalam situasi yang lain.
iv)
Keberkesanan sesebuah organisasi
adalah bergantung kepada interaksi antara stail kepimpinan yang diamalkan oleh
pemimpin dengan keadaan atau situasi yang dihadapi.
Situasi yang
dimaksudkan dalam teori ini ialah suasana kerja, keadaan kawalan dan keadaan
tugas yang terdapat. Keupayaan mempengaruhi situasi adalah bergantung kepada
kuasa yang dipegang oleh seorang pemimpin, struktur tugas dan hubungannya denagn
pekerja di bawah kawalannya. Dengan lain perkataan seorang pemimpin yang
memegang jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam hierarki kuasa, mempunyai
banyak pengaruh ke atas pekerjanya. Tugas yang jelas dari segi matlamat, kaedah
dan mempunyai struktur perlaksanaan yang tersusun pula, adalah lebih mudah
dilaksanakan daripada yang kabur dan yang tidak berstruktur. Pemimpin yang
mempunyai hubungan yang rapat dengan pekerja, dihormati dan disukai, adalah
lebih mudah diikuti oleh pekerja daripada pemimpin yang sombong, bengis dan
tidak mesra.
Fiedler telah
mengemukakan satu teknik untuk mengukur perhubungan antara pemimpin dengan
pengikutnya dan seterusnya mengenal pasti stail kepimpinan yang digemari dan
dianggap sesuai untuk situasi-situasi tertentu. Stail kepimpinan masih
diasaskan kepada dua dimensi yang telah dihuraikan iaitu; yang berorientasikan
tugas dan yang berorientasikan perhubungan atau timbang rasa.
Teknik yang
digunakan oleh Fiedler untuk mengukur hubungan dan stail kepimpinan itu
dinamakan skala Least Preferred Coworker (LPC), yang merupakan satu ukuran
personaliti. Satu soal selidik mudah telah digunakan dan meminta pekerja,
selaku responden, menyatakan rakan yang paling tidak disukai untuk bekerja
dengannya. Responden diminta menghuraikan tentang rakan itu berasaskan senarai
item dan skala yang disediakan. Skala itu adalah jenis-jenis personality
mengikut dua gambaran yang bertentangan iaitu yang paling positif dan yang
paling negatif.
Dalam kajian-kajian
yang terbaru, Fiedler dan rakannya seperti dengan Gracia (1987) membuat
interpretasi baru mengenai skor atau jumlah markah soal selidik LPC. Fiedler
meminta ahli-ahli dalam kumpulan yang dikaji menamakan orang yang paling
disukai dan berpengaruh untuk dijadikan pemimpin. Pengukuran pandangan itu
dibuat melalui skala atmosfera kumpulan dan digunakan untuk menunjukkan setakat
mana seseorang pemimpin itu diterima dan dilihat selesa bersama kumpulannya.
Mereka yang memperoleh markah LPC yang rendah diangggap lebih cenderung
berorientasikan kepimpinan yang bercorak autokratik dan berorientasi tugas.
Sebaliknya pekerja yang mendapat skor LPC yang tinggi dianggap sebagai pemimpin
yang lebih demokratik dan berorientasikan timbang rasa dan oleh itu adalah
lebih efektif.
Stail-stail kepimpinan yang terdapat dalam teori
kontigensi ini menginagtkan kita betapa rumitnya konsep kepimpinan itu.
Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya
semestinya dianggap secara automatik seorang pemimpin. Seorang pemimpin
haruslah menyediakan diri untuk peranan ini. Menyedari bahawa kualiti
kepimpinan adalah sangat penting untuk kejayaan sekolah, pengetua dan guru
besar perlulah mengetahui dan memahami teori-teori dan gaya kepimpinan yang
telah dibincangkan dalam teori kontigensi ini dan seterusnya menukar corak
kepimpinan mengikut keadaan.
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www , SmsQQ , com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
bosku minat daftar langsung aja bosku^^
Las Vegas: Casino & Hotel Review (2021) | JTM Hub
ReplyDeleteRead the 속초 출장안마 Casino & Hotel review, including details on 제천 출장마사지 the Casino & Hotel 사천 출장샵 in Las Vegas, 성남 출장마사지 including 고양 출장샵 the rooms, restaurants, and recent promotions.