Definisi
A. Mutu
· Memenuhi kehendak spesifikasi yang telah ditetapkan bagi sesuatu barangan / keluaran
B. Kawalan Mutu
· Operasi,teknik dan aktiviti yang mengekalkan mutu hasilan/perkidmatan
o Berfungsi sebagai penyelaras proses pembuatan
Tujuan Kawalan Mutu
- Produk yang dihasilkan mengikut keperluan undang-undang dan label
- Meningkatkan mutu
- Meningkatkan keuntungan, mengurangkan pembaziran
- Menghasilkan produk seragam
Sebagai seorang yang menjaga Bahagian Kawalan Mutu anda harus bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:
a.
Memeriksa aliran pemprosesan
i) Bahan mentah,peralatan
ii) Prosedur operasi
iii) Produk siap
b. Membuat Penilaian / Analisis
i) Kimia
Contoh: Ujian Kandungan Kelembapan
ii) Fizikal
Contoh: Melihat rupabentuk, warna, tektur dan lain-lain
iii) Mikrobiologi
Contoh: Ujian Salmonella, Clostridium Botulinum dan E-coli
c. Memeriksa kecekapan peralatan /pengeluaran
d. Mengawal gudang simpanan
i) Jangkahayat bahan mentah/produk siap
ii) Suhu,
Contoh: Suhu Penyimpanan Kering = 27 oC – 28 oC
Suhu Penyimpanan Bilik Sejuk = 1 oC – 5 oC
iii) Kelembapan
Contoh: ≤ 32 % supaya makanan tidak cepat rosak
iv) Pengendalian
Contoh: ‘First In First Out’
e. Mengawal kebersihan dan Sanitasi
f. Mengawal sisa buangan / kumbahan
g. Mematuhi undang-undang
h. Menjalankan aktiviti berkaitan
i) Latihan kakitangan
ii) Pengembangan analisis, prosedur operasi
iii) Pengembangan produk (R&D)
iv)Penyediaan polisi kawalan mutu
No comments:
Post a Comment