Imam Al-Ghazali
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya tidak berpelajaran dan bekerja sebagai seorang penenun kapas serta mempunyai sebuah kedai di Thus. Walaupun tidak berpelajaran tetapi bapanya amat mementingkan pelajaran terhadap anaknya. Ini dibuktikan apabila sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya telah mewasiatkan al-Ghazali dan saudaranya Ahmad kepada seorang ahli sufi untuk dijaga dan diberikan ilmu sehingga habis harta peninggalan bapanya. Tidak lama kemudian bapanya meniggal dunia dan tinggallah mereka berdua bersama ahli sufi. Setelah abis harta peniggalan bapanya ahli sufi meminta al-Ghazali untuk ke sekolah supaya keperluan mereka terjaga kerana ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk menyara mereka. Mereka akur dengan permintaan ahli sufi dan ddenagan sebab inilah mereka mendapat kebahagian dan diangkat darjat mereka. Sejak kecil lagi al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru. Pelbagai cabang ilmu telah diterokai dan dikuasai sehingga menjadikan beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Ditengah-tengah zaman kegemilangannya berlaku satu peristiwa yang menyebabkan al-Ghazali terpaksa meninggalkan kariernya kerana kehilangan kata-kata. Setelah berlaku peristiwa tersebut, al-Ghazali telah berhijrah ke Mekah.Di sana beliau telah ber’uzlah dan berkhalwah selama sepuluh tahun. Setelah sepuluh tahun ber’uzlah beliau diminta dan menerima desakan daripada para wali untuk keluar mengajar. Dengan niat yang berbeza daripada sebelumnya dan hanya kerana Allah Ta’ala beliau keluar mengajar dan bertekad memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Beliau hanya sempat mengajar dalam masa yang singkat. Tidak lama kemudian beliau telah meniggal dunia di Thus tempat kelahiran beliau pada tahun 505 Hijrah. Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah mempelajari pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam, ilmu falsafah, ilmu tasawwuf dan ilmu fiqh. Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab hasil daripada pelbagai cabang ilmu yang beliau pelajari.Kitab yang paling popular ialah kitab Ihya’ Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama.
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM
Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, Al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam.Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali.
Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seperti itu, beliau hanya berdebat berdebat dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat. Beliau berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat.
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam. Beliau mengatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah.
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam. Beliau mengatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah.
Keduanya,perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf. Diantara kitab-kitab yang dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini,malah dalam al-Munqidh beliau ada mengatakan”aku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku.Aku dapati ilmu Klam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku”. (Ghazali,2002:10)
AL-GHAZALI DAN ILMU FALSAFAH
Pada mulanya,beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Imam Al-Ghazali menyedari bahawa musuh-musuh islam menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan umat Islam, beliau pun bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut. Beliau telah mengkaji penulasan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal kerana beliau sibuk mengajar ilmu-ilmu agama.(Ibrahim,1985:22)
Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Al-Ghazali telah membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan. Pertama, golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat. Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Sukratus. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik, Logik, Fizik, Metafizik, Politik dan etika. Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-Falasifah, Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim,1985:26)
AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF
Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi ,beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam.(Ghazali,2002:30)
Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan le dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer ddan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim,1985:55)
Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.
No comments:
Post a Comment