Pendidikan Zaman Rom
Pendahuluan :
- Tamadun-tamadun awal mempunyai sistem pendidikan yang membantu manusia meningkatkan tahap intelek.
- Tamadun Rom melahirkan sistem pendidikan yang terancang berdasarkan kehendak politik, ekonomi, dan sosial masyarakat pada zaman tersebut.
- Sistem pendidikan Rom mempunyai dasar pendidikan, matlamat, serta institusi pendidikan,dan kurikulum yang tersendiri.
Isi :
Matlamat pendidikan :
- matlamat utama menanam semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat dan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal
- bertujuan melahirkan pentadbir dan negarawan serta menjaga kepentingan negara
Dasar pendidikan.
- Bersifat utilititarian iaitu menekankan nilai-nilai semangat kebangsaan
- Penekanan diberikan kepada kesusasteraan, seni ucapan, dan latihan fizikal
Institusi pendidikan
- Istitusi keluarga berperanan sebagai institusi pendidikan pada zaman awal. Rumah merupakan pusat pendidikan. Tenaga pengajar terdiri daripada ibu dan bapa. Penekanan kepada latihan fizikal, moral, membaca,menulis, dan menhafal kisah-kisah orang terkenal pada zaman silam. Kanak-kanak daripada golongan patrician mempelajari adat-istiadat dan undang-undang Rom. Kanak-kanak daripada kumpulan Plebian mempelajari pekerjaan daripada ibu bapa
- Institusi sekolah muncul pada zaman Republik tekankan latihan fizikal,membaca,pengajian undang-undang papan 12, sejarah kebangsaan – lahirkan pegawai kerajaan/warga negara/tentera yang cekap.
- Sekolah nahu dan retorik untuk belia berumur hingga 20 tahun. Tenaga pengajar bebas pilih subjek seperti tatabahasa falsafah, ilmu perundangan kesusasteraan dll.
Kurikulum pendidikan Rom :
Tiga tahap :
- Tahap rendah tekankan kemahira menulis,membaca, dan menghafal
- Tahap menengah - menekan kemahiran seni bercakap inteprestasi sajak,tatabahasa, dan kesusasteaan
- Tahap tinggi – menekankan pengajian Seven Liberal Art iaitu tatabahasa, retorik, dialektik,muzik arithmatik, geometric,astronomi. Universiti menawarkan krusus Liberal Art – tatabahasa dan retorik serta kursus bidang professional seperti undang-undang seni bina, dan perubatan.
Tenaga pengajar :
- Institusi keluarga – ibu bapa mengajar adat resam,undang-undang, petanian, dan perniagaan
- Zaman Empayar – guru-guru – diberi kebebasan dalam P&P. Dibayar gaji bulanan 100,000 dinar pada zaman vespacian
Kesimpulan:
- Tamadun Rom mengalami perkembangan pesat dalam sistem pendidikan akibat kemunculan institusi pendidikan.
- Pada zaman empayar pemerintah mengalakkan system pendidikan. Kesannya dapat melahirkan ahli-ahli falsafah dan sejarawan.
No comments:
Post a Comment