Kerajaan
Funan
Funan merupakan sebuah Kerajaan Hindu purba pertama di Asia
Tenggara yang muncul pada abad pertama masihi. Kerajaan ini digabungkan dengan
kerajaan Chenla. Pada abad ke-6, kerajaan Funan telah menghantar ufti ke China. "Funan"
dalam transkripsi Cina adalah perkataan "pnom" yang bermaksud "gunung".
Funan adalah
kerajaan Kemboja silam sebelum zaman-Angkor terletak sekitar delta Mekong, kemungkinannya
ditubuhkan oleh penduduk Mon-Khmer yang bertutur bahasa Austro-Asiatic. Tidak banyak yang diketahui mengenai Funan kecuali ia merupakan negara
perdagangan yang kuat. Ini terbukti dengan jumpaan barangan yang berasal dari empire Rom, Cina dan India dalam penggalian arkhaeologi di Oc Eo di selatan Vietnam. Ibu negara Funan pada asalnya terletak di Vyadhapura, hampir bandar Phnom
Penh moden, walaupun ia mungkin dipindahkan ke Oc Eo pada
kemudiannya.
Menurut lapuran
dari dua wakil Cina, K'ang T'ai dan Chu Ying, negara Funan diasaskan oleh Brahimin India bernama Kaundinya, yang pada abad
pertama C.E. mendapat arahan dalam mimpi untuk mengambil mangkuk
anjaip dari kuil dan mengalahkan Soma, ratu Khmer. Soma, anak
kepada raja Nagas, berkahwin dengan
Kaundinya dan keturunan mereka menjadi dinasti raja Funan. The myth mempunyai
kelebihan sebagai memberikan pengesahan kepada kedua-dua Brahmin India dan
kedewaan ular tedung yang dipuja oleh penduduk Funan pada masa itu.
Kerajaan Funan
mencapai kemuncaknya di bawah pemerintahan Fan Shih-man pada awal abad ke 3 C.E., menganjur ke selatan sehingga utara Malaysia dan ke barat sehingga ke Burma. Funan menubuhkan sistem perdagangan dan monopoli perniagaan yang kukuh
yang akan menjadi corak empire di kawasan ini. Fan Shih-man memperbesarkan
angkatan laut dan memperbaiki Funanese bureaucracy, membentuk bentuk
separuh-feudal (quasi-feudal) yang membiarkan adat dan pengenalan
tempatan kekal, terutamanya yang terletak di sempadan empire.
Kerajaan Funan
dikatakan kuat dipengaruhi oleh kebudayaan India, dan menggunakan rakyat India untuk pemerintahan negara. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa istana, dan Funan menyokong agama Hindu dan selepas abad ke 5, doktrin agama Buddha. Rekod menunjukkan cukai dibayar dalam bentuk perak, emas, mutiara, dan
gaharu. K'ang T'ai melaporkan bahawa Funan mengamalkan perhambaan dan sistem
perhakiman dilaksanakan melalui perbicaraan melalui ujian (trial
by ordeal), termasuk kaedah seperti memegang
besi panas, dan mengambil cincin emas dan telur dalam air mendidih.
Laporan K'ang
T'ai mengenai kebudayaan Funan tidak memberangsangkan, walaupun rekod istana
Cina menunjukkan bahawa sekumpulan pemuzik Funan melawat Cina pada tahun 263
C.E. Maharaja Cina begitu kagum sehinggakan dia menitahkan pembinaan institut
muzik Funan di Nanjing. Funan juga dilaporkan mempunyai himpunan buku dan arkib yang meluas di
seluruh negara, menunjukkan peratusan mereka yang terpelajar agak tinggi pada
masa itu.
Sejarah politik
Funan kurang diketahui selain dari apa yang terdapat dalam rekod Cina mengenai
hubungan mereka. Pertelingkahan singkat direkodkan apabila pada tahun 270-an Funan dan negara jirannya Khampa bergabung tenaga untuk
menyerang jajahan Cina Tongking. Pada tahun 357, Funan menjadi jajahan China, dan kekal sedemikian sehingga pemecahannya
pada abad ke 6.
Kerajaan Kataha (Kedah Tua)
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu
kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha,
Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan Kedah
Tua diasaskan pada abad
ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah
menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal
pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi
pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan
seperti bijih timah, emas, beras, lada
hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga
menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan
luas.
Kerajaan Kedah
Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara
India dan barangan kaca dari Timur
Tengah.
Kerajaan Srivijaya
Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya )
ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu[1] yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara. Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun
671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya. Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada
abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya adalah pusat pengembangan
agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya"
(विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan".
Selepas kejatuhan
Srivijaya, ia dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak pernah menganggap ada
kerajaan bersatu yang besar pernah wujud di kepulauan Asia Tenggara.
Kewujudannya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli
sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient.
Kebesarkan raja
Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang mensifafkannya sebagai Raja di
Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan
kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakit, berkuasa multak, dan bersifat
ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri
yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment