Perihal corak
pendidikan vernakular
1. Sekolah vernakular merujuk kepada
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan
pembangunan (P&P) di sekolah.
2. Terdapat tiga jenis sekolah
vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
3. Sekolah vernakular Melayu yang
pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau
Pinang.
4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau
Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner
memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
i. Pagi
a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam b. dan mata pelajaran vokasional
ii. Petang
a. dan al-Qur'an
6. Kekurangan guru merupakan faktor
tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga
tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
i. MPSI Tanjung Malim pada tahun
1922 dan ii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.
7. Sekolah vernakular Cina
ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Mubaligh
London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.
8. Sekolah Cina menggunakan bahasa
Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku
teks diimpot dari Negara China.
9. Contoh sekolah vernalular Cina
ialah i. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan ii. SJK (C) Chung Hwa, Kota
Bharu, Kelantan.
10. Kelas Bahasa Cina diadakan di
semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la
gagal dan telah dihentikan.
11. Sekolah vernakular Tamil
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku
teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim,
Perak.
12. Pada tahun 1925, Kod Buruh
berkuat kuasa, yang mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam
umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta
huruf.
13. Sekolah Inggeris hanya terdapat
di kawasan bandar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
14. Pendidikan bahasa Inggeris mula
diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free
School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru
yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat
pendidikan di Eropah.
No comments:
Post a Comment