Tuesday, 8 July 2014

Pengenalan Kepada Keusahawanan


1.1    Konsep dan definisi keusahawanan

 

a)       Usahawan – individu atau kumpulan individu yang berterusan menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya demi kemakmuran masyarakat

 

b)       Keusahawanan – proses pewujudan dan pengembangan perniagaan yang secara terkumpul boleh membentuk daya tenaga pembangunan Negara demi kemakmuran masyarakat

 

 

Konsep dan definisi perniagaan

 

c)       Peniaga – seseorang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli atau memberi perkhidmatan kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

 

d)       Perniagaan – ialah kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.

 

 

Perbezaan di antara peniaga dan usahawan

 

Usahawan
Peniaga
1. Membeli barang-barang dan memprosesnya untuk dijual
1. Membeli pada harga yang rendah kemudian menjual pada harga yang lebih tinggi.
2. Mementingkan keuntungan disamping memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara
2. Mementingkan keuntungan semata-mata
3. Sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaannya
3. peniaga hanya menjalankan kegiatan jual dan beli sahaja.

 

 

1.1.2           Definisi keusahawanan dari sudut Sejarah, Psikologi, Sosiologi dan Ekonomi.

 

  1. Sudut Sejarah

a)       Perkataan ‘usahawan’ mula diperkenalkan pada 1970 sewaktu penggubalan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

b)       Dalam bahasa Inggeris usahawan ialah ‘entrepreneur’. Perkataaan ini dipinjam daripada perkataan perancis.

c)       Mula digunakan oleh Richard Cantillon kira-kira pada tahun 1755, seorang ahli ekonomi perancis peranakan Irish.

d)       Richard Cantillon menyatakan definisi usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko untung dan rugi kesan mengikat kontrak dengan kerajaan pada harga tetap.

 

 

  1. Sudut Psikologi

a)       Cunnigham dan Lischeron (1991) telah merumuskan definisi keusahawanan sebagai

-          suatu proses yang menggalakkan usahawan memikul tanggungjawab mewujudkan unsur inovasi

-          proses ini melibatkan pembentukan idea serta menilai kebolehan sendiri dan mengambil tindakan untuk masa sekarang dan masa hadapan.

-          oleh itu usahawan bertanggungjawab untuk berkongsi sebahagian daripada risiko dan keuntungan daripada perkongsiannya.

 

b)       Menurut McChelland, kehendak terhadap pencapaian terbahagi kepada 2 iaitu model baka dan model kodinamik. Model baka dikaitkan dengan dengan punca kawalan diri.

 

c)       Pendekatan psikologi dikaji untuk mengetahui ciri-ciri personaliti seseorang yang ingin memulakan perniagaan baru.

 

 

  1. Sudut Sosiologi

a)       Antara perkara yang dikaji yang mendorong seseorang menjadi usahawan ialah latarbelakang dan persekitaran.

b)       Hishrich dan Peters (1992) menyatakan keusahawanan ialah suatu proses menghasilkan sesuatu yang berbeza dan bernilai dengan menumpukan usaha dan tenaga yang diperlukan, menaggung risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima ganjaran dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri.

Robert Hisrich menyebut beberapa faktor yang mempengaruhi peluang seseorang menjadi usahawan ialah

-          aturan kelahiran

-          pekerjaan

-          status sosial keluarga

-          perhubungan dengan ibubapa

-          taraf pendidikan

-          nilai diri

-          umur

-          pengalaman kerjaya

-          pengaruh sokongan orang terdekat

-          kurang kepuasan dengan keadaan kerja

 

c)  Shapero dan Sokol (1982) menyatakan beberapa faktor sosiobudaya mempengaruhi dimensi sosial dalam keusahawanan seperti

                - budaya kumpulan pendatang

                - agama

                - pengaruh kedudukan satu-satu kumpulan sosial

 

c)       Everrete Hasun menyatakan kedudukan sosial yang rendah membuatkan ahli kumpulan bersikap ‘berontak’. Sikap itu dizahirkan dalam bentuk semangat keusahawanan bagi membaiki mobiliti ekonomi dan sosial mereka.

 

 

  1. Sudut Ekonomi

a)       Cart Monger menyatakan usahawan merupakan agen ekonomi yang mengubah sumber menjadi barangan dan perkhidmatan berguna dan mewujudkan keadaaan yang membawa kepada perkembangan perusahaan.

b)       Menurut ahli ekonomi British pula John Stuart Mill, golongan usahawan dianggap penting disebabkan fungsi usahawan untuk menggembleng sumber untuk maksud pengeluaran produktif.

c)       Menurut Richard Cantillon, usahawan adalah agen yang membeli peralatan pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan.

-          dalam proses tersebut, faktor harga adalah sesuatu yang tidak pasti

-          ini bererti wujudnya spekulasi dan risiko

-          usahawan adalah pengambil risiko ekonomi

 

d)       Alfred Marshall san Joseph A.Schumpeter dari Austria membincangkan siapa dan apa yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam sesuatu situasi ekonomi dan keseimbangan ini sebenarnya disebabkan oleh tindakan usahawan berdasarkan daya inovasinya. Dengan kata lain, revolusi sesuatu proses ekonomi berkait rapat dengan daya inovasi usahawan.

 

 

 

 

 

 

 

 

1.2            Peranan Keusahawanan untuk pembangunan Diri, Masyarakat dan Negara.

 

1.1.2 . Motivasi

Definisi

– sebagai keinginan seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk     mencapai kehendaknya

-  motivasi bermula dengan sesuatu kehendak dan keperluan yang belum dicapai

-  kehendak ini mengakibatkan individu merasa resah

-  keresahan ini akan menggalakkan rangsangan untuk mencari gelagat yang sesuai

-  gelagat yang sesuai dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kehendak tercapai.

-  sekiranya kehendak tercapai, keresahan akan berkurangan dan hilang.

 

 

 

 

Proses Motivasi

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Peranan Usahawan Untuk Memotivasikan Dan Merangsang Pekerja

 

  • Memastikan bahawa pekerja melaksanakan apa yang diarahkan
  • Pengurus perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan dan merangsang pekerja
  • Salah satu cara ialah dengan mengadakan kursus dan latihan dalam khidmat untuk meningkatkan kemahiran pekerja.

 

 

Keperibadian Keusahawanan

Kejayaan usahawan akan bergantung kepada ciri utama seseorang usahawan itu seperti

  1. Kreatif
  2. Inovatif
  3. Sanggup menghadapi risiko
  4. Bijak mengambil peluang
  5. Daya usaha berterusan

 

Selain ciri-ciri utama ini, ciri lain juga penting untuk berjaya antaranya seperti

  1. Bercita-cita tinggi
  2. Sentiasa berusaha dengan gigih
  3. Kebolehan memandang ke hadapan
  4. Pandai membuat perancangan dan keputusan
  5. Tidak mudah putus asa
  6. Sanggup menghadapi cabaran
  7. Mempunyai keyakinan diri
  8. Cekap dalam menyelesaikan masalah
  9. Cekap dalam penggunaan masa.

 

 

1.2.2           Sumbangan kepada masyarakat dan negara.

 

a)       Usahawan mempunyai peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara

b)       Antara sumbangan usahawan ialah

-          peluang pekerjaan

-          meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat

-          agen perubahan

-          pembangunan teknologi

 

 

Peranan Usahawan Kepada Masyarakat dan Negara

Peranan usahawan dilihat melalui aspek-aspek berikut

  1. menghasilkan keluaran
  2. meluaskan penggunaan barang melalui pengubahsuaian
  3. memenuhi keperluan dan kehendak
  4. mewujudkan peluang pekerjaan
  5. meningkatkan taraf hidup masyarakat
  6. memajukan negara

 

 

 

a)       Menghasilkan keluaran

·         Usahawan menghasilkan produk baru dengan lebih cekap untuk meluaskan pasaran

·         Pelbagai jenis produk dan perkhidmatan dihasilkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

 

b)       Meluaskan penggunaan barang melalui pengubahsuaian

·         Usahawan bersifat kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk baru melalui pengubahsuaian

·         Barangan diubahsuai untuk menjadikan ia lebih menarik, bermutu dan luas penggunaannya.

 

c)       Memenuhi keperluan dan kehendak

·         Usaha menghasilkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan measyarakat

·         Usahawan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan kehendak masyarakat dipenuhi.

 

d)       Mewujudkan peluang pekerjaan

·         Usahawan yang mengembangkan perniagaannya akan memerlukan lebih tenaga kerja

·         Ia secara tidak langsung akan meningkatkan peluang pekerjaan

 

e)       Meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat

·         Kemajuan daripada kegiatan perniagaan akan menambahkan pendapatan masyarakat setempat

·         Taraf hidup masyarakat meningkat dan membolehkan mereka menikmati pelbagai perkhidmatan

 

f)        Memajukan Negara

·         Kegiatan usahawan meningkatkan pendapatan negara apabila negara mengeksport barangan

·         Hasil keluaran usahawan dapat mengurangkan import dan ini akan menambahkan pendapatan negara

·         Dengan kemajuan ekonomi negara, kerajaan akan dapat memberi lebih banyak prasarana dan kemudahan kepada penduduk.

 

 

 

 

 

 

1.3            Status Keusahawanan Di Malaysia Dan Di Negara Lain.

Analisis Perbandingan dan Arah aliran

 

1.3.1                   Perkembangan keusahawanan di Malaysia sepintas lalu

1) Negara melahirkan lebih banyak pengurus dan pekerja syarikat berbanding usahawan yang inovatif untuk membangunkan ekonomi negara.

 

2) Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (2001) merungut kerana tidak banyak kedai-kedai runcit melayu di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia.

 

3) Keadaan ini memberi imej yang tidak seimbang tentang negara seolah-olah bandar-bandar besar di Malaysia dimonopoli oleh orang bukan melayu.

 

4) Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk melahirkan ramai usahawan dan peniaga bumiputera bagi mengimbangi penuasaan ekonomi negara.

 

5) Pada masa ini timbul tanda-tanda positif yang menunjukkan ramai orang melayu mula ingin menceburi bidang keusahawanan berdasarkan 2 kajian.

 

1.3.2           Perniagaan kecil dan sederhana

 

a.       Perniagaan atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia.

b.       Sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudiannya kepada Rancangan Malaysia, pembangunan IKS telah diberi perhatian

c.        Di Malaysia, pembangunan IKS telah diberi penekanan kerana usaha ini dijangka dapat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan meningkatkan ekonomi negara.

d.       Selain daripada itu, perniagaan kecil dan sederhana diharap dapat menghasilkan penciptaan barangan dan inovasi baru.

 

 

1.3.2.1.  Ciri-ciri perniagaan kecil

 

definisi PKS adalah berdasarkan dua kriteria, iaitu:

 

a) Bilangan pekerja; atau

b) Jumlah jualan tahunan.

 

 

Sektor Perkilangan (termasuk Asas Tani) dan Perkhidmatan berkaitan perkilangan (PBP)

 

Definisi Umum

  • Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang atau jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta.

 

Definisi Khusus

  • Perusahaan mikro dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang atau jumlah jualan tahunan kurang daripada RM250,000;

 

  • Perusahaan kecil dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja antara 5 hingga 50 orang atau jumlah jualan tahunan antara RM250,000 hingga kurang daripada RM10 juta; dan

 

  • Perusahaan sederhana dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa antara 51 hingga 150 orang atau jumlah jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM25 juta.

Jadual di bawah merumuskan definisi PKS yang diluluskan berdasarkan bilangan pekerja sepenuh masa:

 

          Sektor
 
 
Saiz
 
 
Pertanian Asas
Perkilangan
(termasuk Asas Tani)
dan PBP
Perkhidmatan
(termasuk Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi)
Mikro
Kurang daripada 5
orang pekerja
 
Kurang daripada 5
orang pekerja
 
Kurang daripada 5
orang pekerja
 
Kecil
Antara 5 hingga 19 orang pekerja
 
Antara 5 hingga 50 orang pekerja
 
Antara 5 hingga 19
orang pekerja
 
Sederhana
Antara 20 hingga 50 orang pekerja
Antara 51 hingga 150 orang pekerja
 
Antara 20 hingga 50
orang pekerja
 

 

 

Jadual di bawah merumuskan definisi PKS yang diluluskan berdasarkan jumlah jualan tahunan:

 

          Sektor
 
 
Saiz
 
 
Pertanian Asas
Perkilangan
(termasuk Asas Tani)
dan PBP
Perkhidmatan
(termasuk Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi)
Mikro
Kurang daripada
RM200,000
Kurang daripada
RM250,000
 
Kurang daripada
RM200,000
Kecil
Antara RM200,000
hingga kurang daripada
RM1 juta
 
Antara RM250,000
hingga kurang
daripada RM10 juta
 
Antara RM200,000
hingga kurang daripada
RM1 juta
 
Sederhana
Antara RM1 juta hingga
RM5 juta
 
Antara RM10 juta
hingga RM25 juta
 
Antara RM1 juta hingga
RM5 juta
 

 

1.3.3. Perbandingan status dengan negara lain.

 

a)       Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat mempunyai keluaran negara kasar (KNK) yang tinggi di antara semua negara industri di dunia.

 

b)       Negara membangun spt ASEAN (Ekonomi Terancang)

-  Cuba, Korea Utara dan Republik Rakyat China antara sebilangan kecil negara yang masih berpegang teguh pada sistem komunisme (sistem kerajaan memiliki dan menggunakan semua sumber pengeluaran)

-  Negara China masih ditadbir oleh kerajaan berfahaman komunis namun kini  ia telah membuka peluang kepada negara asing untuk berniaga.

 

-  Dalam beberapa tahun lepas, banyak syarikat asing dan besar dunia seperti Motorola, Microsoft dan Sony telah bertapak di China.

 

- Sistem enterprise bebas kelihatan sebagai sistem perniagaan yang semakin di terima di dunia.

5 comments:

  1. Salam en saiful.. boleh emailkan sy nota keusahawanan.. izmashi@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo,
      Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu untuk membantu saya memperoleh pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami pinjaman dari pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman kepada saya telah memerlukan pinjaman untuk 3 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya untuk sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk menjalankan, sehingga satu hari setia bahawa seorang kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menunaikan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
      jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
      semoga Allah terus memberkati dan mengasihi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya

      Delete
  2. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www , SmsQQ , com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete
  3. Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
    Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
    Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
    Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
    JENIS PINJAMAN KAMI
    Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

    Data pemohon:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Kerja:
    6) Nombor telefon:
    7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    8 Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Tempoh pinjaman:
    11) Adakah anda memohon sebelum:
    12) Tarikh Lahir:
    Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
    {gloriasloancompany@gmail.com} atau
    WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
    Selamat sejahtera

    ReplyDelete
  4. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete