Monday, 19 November 2012

Definisi Kawalan Mutu Makanan

Definisi

A. Mutu

·         Memenuhi  kehendak spesifikasi yang telah ditetapkan bagi sesuatu barangan / keluaran


B. Kawalan Mutu

·         Operasi,teknik dan aktiviti yang mengekalkan mutu hasilan/perkidmatan
o   Berfungsi  sebagai penyelaras proses pembuatan

Tujuan Kawalan Mutu
  • Produk yang dihasilkan mengikut keperluan undang-undang dan label
  • Meningkatkan mutu
  • Meningkatkan keuntungan, mengurangkan pembaziran
  • Menghasilkan produk seragam
Tanggungjawab Sebagai Seorang Kawalan Mutu Makanan

Sebagai seorang yang menjaga Bahagian Kawalan Mutu anda harus bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

a.   
Memeriksa aliran pemprosesan
                             i) Bahan mentah,peralatan
                           ii) Prosedur operasi
                         iii) Produk siap
b.    Membuat Penilaian / Analisis
                             i) Kimia
Contoh: Ujian Kandungan Kelembapan
                           ii) Fizikal
Contoh: Melihat rupabentuk, warna, tektur dan lain-lain
                         iii) Mikrobiologi
Contoh: Ujian Salmonella, Clostridium Botulinum dan E-coli

c.    Memeriksa kecekapan peralatan /pengeluaran
d.    Mengawal gudang simpanan
                             i) Jangkahayat bahan mentah/produk siap
                           ii) Suhu,
Contoh: Suhu Penyimpanan Kering = 27 oC – 28 oC
             Suhu Penyimpanan Bilik Sejuk = 1 oC – 5 oC
             
                         iii) Kelembapan
Contoh: ≤ 32 %  supaya makanan tidak cepat rosak

                          iv) Pengendalian
Contoh: ‘First In First Out’
e.    Mengawal kebersihan dan Sanitasi
f.    Mengawal sisa buangan / kumbahan
g.    Mematuhi undang-undang
h.    Menjalankan aktiviti berkaitan
                             i) Latihan kakitangan
                           ii) Pengembangan analisis, prosedur operasi
                         iii) Pengembangan produk (R&D)
          iv)Penyediaan polisi kawalan mutu

Wednesday, 14 November 2012

Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya tidak berpelajaran dan bekerja sebagai seorang penenun kapas serta mempunyai sebuah kedai di Thus. Walaupun tidak berpelajaran tetapi bapanya amat mementingkan pelajaran terhadap anaknya. Ini dibuktikan apabila sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya telah mewasiatkan al-Ghazali dan saudaranya Ahmad kepada seorang ahli sufi untuk dijaga dan diberikan ilmu sehingga habis harta peninggalan bapanya. Tidak lama kemudian bapanya meniggal dunia dan tinggallah mereka berdua bersama ahli sufi. Setelah abis harta peniggalan bapanya ahli sufi meminta al-Ghazali untuk ke sekolah supaya keperluan mereka terjaga kerana ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk menyara mereka. Mereka akur dengan permintaan ahli sufi dan ddenagan sebab inilah mereka mendapat kebahagian dan diangkat darjat mereka. Sejak kecil lagi al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru. Pelbagai cabang ilmu telah diterokai dan dikuasai sehingga menjadikan beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Ditengah-tengah zaman kegemilangannya berlaku satu peristiwa yang menyebabkan al-Ghazali terpaksa meninggalkan kariernya kerana kehilangan kata-kata. Setelah berlaku peristiwa tersebut, al-Ghazali telah berhijrah ke Mekah.Di sana beliau telah ber’uzlah dan berkhalwah selama sepuluh tahun. Setelah sepuluh tahun ber’uzlah beliau diminta dan menerima desakan daripada para wali untuk keluar mengajar. Dengan niat yang berbeza daripada sebelumnya dan hanya kerana Allah Ta’ala beliau keluar mengajar dan bertekad memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Beliau hanya sempat mengajar dalam masa yang singkat. Tidak lama kemudian beliau telah meniggal dunia di Thus tempat kelahiran beliau pada tahun 505 Hijrah. Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah mempelajari pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam, ilmu falsafah, ilmu tasawwuf dan ilmu fiqh.  Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab hasil daripada pelbagai cabang ilmu yang beliau pelajari.Kitab yang paling popular ialah kitab Ihya’ Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama.

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM

Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, Al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam.Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali.

Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seperti itu, beliau hanya berdebat berdebat dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat. Beliau berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat.
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam. Beliau mengatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah.
Keduanya,perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf. Diantara kitab-kitab yang dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini,malah dalam al-Munqidh beliau ada mengatakan”aku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku.Aku dapati ilmu Klam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku”. (Ghazali,2002:10)

AL-GHAZALI DAN ILMU FALSAFAH

Pada mulanya,beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Imam Al-Ghazali menyedari bahawa musuh-musuh islam menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan umat Islam, beliau pun bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut. Beliau telah mengkaji penulasan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal kerana beliau sibuk mengajar ilmu-ilmu agama.(Ibrahim,1985:22)

Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Al-Ghazali telah membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan. Pertama, golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat. Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Sukratus. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik, Logik, Fizik, Metafizik, Politik dan etika. Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-Falasifah, Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim,1985:26)

AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF

Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi ,beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam.(Ghazali,2002:30)

Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan le dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer ddan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim,1985:55)

Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.

Prof Diraja Ungku Aziz

Prof. Diraja Ungku Aziz
Tokoh akademik dan ahli ekonomi yang disegani ini dilahirkan di London pada 28 Januari 1922,merupakan keturunan diraja Johor dan mempunyai salasilah dari keturunan keluarga Turki. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukantentera dan ibunya bernama Hamidah Abdullah.Beliau merupakan anak saudara kepada pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar. Ini bermakna beliau juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn dan bapa saudara pupu kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau telah berkahwin dengan isterinya, Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.Ungku Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Universit Malaya (UM) dan lulus dengan Ijazah kelaspertama pada tahun 1951 dalam bidang ekonomi. Pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo,Jepun. Sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian di London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di UM, Singapura (dari 1952 sehingga 1961). Pada tahun 1961 sehingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di UM, Kuala Lumpur. Kemudian Ungku Aziz dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor UM paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut iaitu kira-kira 20 tahun.

Prof Ungku Aziz ketika menerima anugerah Profesor Diraja daripada Counselor Universiti Malaya.
Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 17 Jun 1978.Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Kemiskinan orang Melayu jadi keutamaan kajian
            Beliau mengambil masa selama enam tahun melakukan penyelidikan mengenai kemiskinan orang Melayu. Bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963 sebelum Kedah dan Perlis. Kajiannya diteruskan hingga ke Pantai Timur iaitu di Beserah, Pahang. Selepas setahun berulang-alik dengan seorang pembantu, kajian diteruskan pula di Kemaman, Terengganu dan Kelantan. Daripada penyelidikan tersebut, beliau mendapati penduduk di Ulu Tiram yang rata-ratanya menoreh getah bernasib baik jika dapat makan nasi sehari sekali. Selebihnya mereka hanya makan lempeng sebagai pengalas perut. Keadaan yang sama turut dialami oleh masyarakat di negeri-negeri utara. Manakala di Pantai Timur, pengalamannya lebih dahsyat apabila wujud kebuluran di Kemaman. Beliau mendapati, masyarakatnya menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan membeli barang keperluan terutamanya beras. Menerusi kajian tersebut, lahirlah teori Indeks Sarong yang digunakan beliau sebagai pengukur tahap kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.
Melihat dan memahami gaya hidup masyarakat desa membuatkan beliau sedih dan berfikir bagaimanamahu melepaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan. Caranya ialah menerusi pendidikan. Namun dapatan kajian komuniti itu juga menunjukkan bahawa faktor pemakanan mempengaruhi saiz tumbesaran penduduk. Makanan yang tidak seimbang membawa kepada masalah cacing dan anemia dan tentu sahaja mempengaruhi kecerdasan mereka. Selain kajian tersebut, Ungku Aziz turut menulis rencana berkaitan sebab-sebab orang Melayu terjerumus dalam kemiskinan.Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Menurut beliau hingga ke hari ini, mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan padatahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussin. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Ungku Aziz terlibat secara langsung dalam pelaksanaan DEB. Menurut beliau, generasi pertama era DEB mula diperkenalkan telah mencapai kejayaan. Banyak pencapaian telah diperolehi terutamanya dalam bidang pendidikan dimana ramai doktor dan jurutera Melayu telah dilahirkan.

Dalam kajiannya, Ungku Aziz merumuskan orang Melayu masih belum bersedia untuk mengamalkan meritokrasi kerana jurang kemiskinan penduduk bandar dan luar bandar yang masih lagi begitu ketara. Beliau dengan tegas mengatakan tujuan utama DEB ialah membasmi kemiskinan di luar bandar dan ia telah menyimpang jauh apabila peratus pemilikan saham bumiputera yang lebih diutamakan. Ungku Aziz tidak pernah berganjak daripada pendiriannya mempertahankan DEB kerana baginya ia adalah satu-satunya cara supaya orang Melayu tidak hilang keyakinan dan dapat terus bersaing.

Tabung Haji

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang perananasalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap tahun. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959. Menerusi Tabung Haji, nama Ungku Aziz terkenal diseluruh dunia. Ia merupakan antara organisasi pengurusan bakal jemaah haji yang paling efisien di dunia. Melalui Tabung Haji orang Melayu bukan sahaja telah dididik untuk mengumpul wang bagi menunaikan fardu haji tetapi juga bagi tujuan pelajaran. Kini hampir setiap satu-satu musim, 30,000 rakyat Malaysia boleh pergi menunaikan haji.

Pusat Asasi Sains, UM

Atas kesungguhannya membasmi kemiskinan, Ungku Aziz turut memainkan peranan apabila mencetuskan idea penubuhan Pusat Asasi Sains di UM. Asal penubuhannya masih lagi berpegang kepada falsafah membantu golongan miskin. Menurut beliau, berdasarkan pengalamannya pada tahun 1970-an, kemasukan pelajar ke fakulti perubatan hanyalah seramai lima pelajar.
Melalui penubuhan institusi itu, pelajar yang ingin memasuki kursus perubatan, kejuruteraan dan sainsakan dipilih dikalangan anak-anak orang kampung. Halangan utama pada masa itu ialah mencari tenaga pengajar yang boleh mengajar dalam Bahasa Melayu kerana kebanyakan anak Melayu yang dipilih berfikir dalam bahasa Melayu.Hasilnya, selepas tiga hingga empat tahun persiapan, pelajar Melayu tadi telah boleh menyerap istilah dan berfikir dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka juga mahir dengan istilah-istilah bahasa Inggeris setelah mendalami kedua-dua bahasa. Hari ini, graduan Pusat Asasi Sains tersebut telah mencecah tujuh hingga lapan ribu orang. Malah ada yang telah menjadi pakar dan hampir mencecah usia persaraan.

Anugerah Merdeka
Sebagai mengiktiraf kecemerlangan sumbangan kepada negara, Petronas bersama Exxon Mobil dan Shell mewujudkan Anugerah Merdeka yang merupakan sebuah anugerah berprestij seperti mana konsep Hadiah Nobel di peringkat antarabangsa. Anugerah tersebut merupakan anugerah paling berprestij di Malaysia. Ia diberikan kepada anak Malaysia yang mampu menghasilkan usaha yang luar biasa dan membentuk kesedaran baru di kalangan rakyat Malaysia. Pada 24 November lepas, tokoh unggul, Ungku Aziz, telah dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti. Berikut merupakan petikan Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A. Hamid dalam bukunya bertajuk 'The University in Pantai Valley: Glimpses of the past'. "Seorang dari istana berkelakuan seperti orang istana itu perkara biasa. Seorang rakyat biasa berkelakuan seolah-olah ia orang istana itu luar biasa. Seorang dari istana berkelakuan seperti rakyat biasa, itulah Profesor Diraja Ungku Aziz".

Profesor Diraja Ungku Aziz tokoh akademik terulung
Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, pasti akan dikenang sebagai orang yang paling banyak memperjuangkan nasib orang Melayu. Walaupun usianya sudah mencecah 87 tahun, tidak pernah terlintas dihatinya untuk berhenti daripada mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda orang Melayu terutamanya masalah kemiskinan. Oleh sebab itu setiap kali berbicara mengenai masalah pokok orang Melayu, jawapan ringkas yang pastiakan diberikannya ialah kemiskinan dan baginya jalan keluar daripada terus dibelenggu masalah ini pulaialah pendidikan. Nama Ungku Aziz tidak boleh dipisahkan sebagai penggerak utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), pengasas Lembaga Tabung Haji, iaitu salah sebuah oraganisasi yang menguruskan bakal jemaah haji terbaik di dunia dan Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya (UM), yang telah melahirkan ribuan jurutera dan pakar perubatan tempatan. Selain itu, sumbangan beliau yang lain termasuklah menjadi panel Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) II, pencetus idea penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan juga Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa). Sebagai seorang cendekiawan beliau tidak pernah gentar memberikan idea untuk memantapkan sistem pendidikan, mengkritik pentadbiran kerajaan, dan juga memberi pandangan untuk merubah cara hidup orang Melayu walaupun kadangkala mengundang kontroversi. Ringkasnya Ungku Aziz adalah seorang yang mementingkan pembangunan ekonomi luar bandar, pemantapan sistem pendidikan negara dan juga penubuhan institusi masyarakat. Beliau telah mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima pertama 'Anugerah Melayu Terbilang' sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pendeta Zaaba

Pendita ZAABA
Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan  panggilan Zaba.  Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam.  3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.    
Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.  Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun 1915.     Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916.  Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.    
Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.  Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu.  Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'.  Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu.  Zaba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua. 
Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing.  Zaba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak.
Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London.  Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut.  Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun.  Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura.  Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama.  
Zaba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut.     Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru.  Dalam tahun 1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya. 
Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri. Pada tarikh 23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.  Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan. 
Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali.  Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu.  Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur.    Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu.  Akhinya, pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.

DEB

Objektif
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Strategi Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
2. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
3. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya  pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
4. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
5. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
6. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
7. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
8. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham atau ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

1. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

2. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

3. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

4. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
5. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Athens dan Sparta

Pengenalan :
Latar belakang Tamadun Yunani :
  • Tamadun Yunani terletak di tebing Sungai Tiber di Lembah Latium. Dua buah kota yang terkenal pada Zaman Yunani ialah Athens dan Sparta, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri
  • Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkan cendikiawan.
  • Penegasan soalan : Menekankan aspek-aspek dalam sistem pendidikan seperti kurikulum, institusi, tahap pendidikan.
Isi-isi Penting :
Athens
Dasar pendidikan Athens :
  • Bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang.
  • Penekanan pelajaran kepada ilmu, seni muzik, dan kesukanan.
  • Athens mahu melahirkan warganegara yang serba boleh dalam pelbagai bidang
  • Institusi pendidikan utama ialah sekolah tempat mendidik anak-anak mereka
  • Sekolah pertama wujud pada abad ketujuh S.M. yang dikendalikan oleh bukan golongan agama dan swasta.
  • Raja Solon mengeluarkan arahan agar kanak-kanak lelaki mesti belajarmembaca dan berenang.
  • Peraturan ini dikeluarkan oleh Majistret khas.
  • Pengajar di sekolah adalah guru baru yang yang dikenali sebagai sofis.
  • Pengajaran tertumpu kepada pembacaan, penulisan, aritmetik, dan menghafal sajak atau syair.
  • Dalam Akademik Sekolah Pendidikan Tinggi, pelajar mengeluarkanpendapat.
Tahap Pendidikan Athens :
Tahap Lama(abad kelima hingga abad keenam S.M)
  • Kanak-kanak dilatih untuk keamanan dan gimnastik
  • Kanak-kanak melibatkan diri dengan belajar muzik, membaca, mengira
  • dan menulis.
Tahap Kedua ( abad keempat hingga 338 M)
  • Semasa Raja Philip Macedonia pelajar diajar tatacara kehidupan awam.
  • Plato telah menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik.
  • Solon mengasaskan Cynossarges.
  • Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre.
  • Pada umumnya, sekolah di Athens di bawah Penyeliaan Negara, khususnya Majlis Aeropagus.
Kurikulum Athens :
  • Kurikulum lama- pelajar didedahkan pelbagai mata pelajaran.
  • Seorang kanak-kanak akan dibimbing oleh seorang hamba, iaitu poedagogus
  • Pelajar dikehendaki membawa alat muzik dan lain-lain.
  • Sebat akan dikenakan bagi pelajar yang ingkar.
Peringkat Sekolah Athens :
Sekolah Rendah :
  • Pelajar belajar bertinju dan muzik.
  • Waktu belajar dari pagi hingga ke petang.
  • Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru serta
  • menghafal tanpa mengetahui maknanya.
Peringkat Sekolah Menengah :
  • Pelajar berusia 15 tahun.
  • Pelajar belajar Gimnasium
  • Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang terkenal ialahProtagoras dan Gorgias.
  • Kurikulum meliputi aspek tatabahasa,retorik, dan pidato.
Subjek Peringkat Rendah dan Menengah :
  • Pelajar diajar konsep 3M
  • Kandungan Pendidikan bersifat informatif, kritikal, dan konstruktif
  • Pelajaran peringkat menengah ialah falsafah dan retorik.

Sparta
Dasar Pendidikan Sparta :
  • Dasar pendidikian ditentukan oleh keadaan politik
  • Untuk melahirkan golongan helot dan individu yang taat setia kepada negara
  • Melahirkan golongan tentera
Tahap Pendidikan Sparta :
  • Kanak-kanak yang berusia 8-18 tahun di latih di berek tentera
  • Kanak yang berusia 18 tahun diberi latihan ketenteraan secara profesional
  • Dalam usia 20-30 tahun mereka akan menjalani latihan ketenteraan sebenardan ditugaskan di perbatasan
  • Apabila berumur 30 tahun barulah mereka dipaksa berkahwin.
Institusi Pendidikan Sparta :
  • Di negara Sparta, pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanakkanak
  • agar berani.
  • Institusi pendidikan awal ialah keluarga.
  • Institusi pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera.
  • Wanita diberi kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar
  • aktiviti sukan.
Kurikulum Pendidikan Sparta :
  • Kurikulum Sparta menekankan latihan fizikal
  • Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-cara peperangan.
  • Peperiksaan setiap 10 hari.
  • Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupan militer sebenar.
  • Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka ini akan berkahwin.
  • Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat, dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka.
Kedsimpulan :
Terdapat jurang perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukan warga melalui pendidikan.Masih terdapat unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani. Kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat, dan berguna kepada bangsa.
Pendidikan Zaman Rom
Pendahuluan :
  1. Tamadun-tamadun awal mempunyai sistem pendidikan yang membantu manusia meningkatkan tahap intelek.
  2. Tamadun Rom melahirkan sistem pendidikan yang terancang berdasarkan kehendak politik, ekonomi, dan sosial masyarakat pada zaman tersebut.
  3. Sistem pendidikan Rom mempunyai dasar pendidikan, matlamat, serta institusi pendidikan,dan kurikulum yang tersendiri.
Isi :
Matlamat pendidikan :
  • matlamat utama menanam semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat dan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal
  • bertujuan melahirkan pentadbir dan negarawan serta menjaga kepentingan negara
Dasar pendidikan.
  • Bersifat utilititarian iaitu menekankan nilai-nilai semangat kebangsaan
  • Penekanan diberikan kepada kesusasteraan, seni ucapan, dan latihan fizikal
Institusi pendidikan
  • Istitusi keluarga berperanan sebagai institusi pendidikan pada zaman awal. Rumah merupakan pusat pendidikan.  Tenaga pengajar terdiri daripada ibu dan bapa.  Penekanan kepada latihan fizikal, moral, membaca,menulis, dan menhafal kisah-kisah orang terkenal pada zaman silam.  Kanak-kanak daripada golongan patrician mempelajari adat-istiadat dan undang-undang Rom.  Kanak-kanak daripada kumpulan Plebian mempelajari pekerjaan daripada ibu bapa
  • Institusi sekolah muncul pada zaman Republik tekankan latihan fizikal,membaca,pengajian undang-undang papan 12, sejarah kebangsaan – lahirkan pegawai kerajaan/warga negara/tentera yang cekap.
  • Sekolah nahu dan retorik untuk belia berumur hingga 20 tahun.  Tenaga pengajar bebas pilih subjek seperti tatabahasa falsafah, ilmu perundangan kesusasteraan dll.


Kurikulum pendidikan Rom :
Tiga tahap :
  • Tahap rendah tekankan kemahira menulis,membaca, dan  menghafal
  • Tahap menengah - menekan  kemahiran seni bercakap inteprestasi sajak,tatabahasa, dan kesusasteaan
  • Tahap tinggi – menekankan pengajian Seven Liberal Art iaitu tatabahasa, retorik, dialektik,muzik arithmatik,  geometric,astronomi.  Universiti menawarkan krusus Liberal Art – tatabahasa dan retorik serta kursus  bidang professional seperti undang-undang seni bina, dan perubatan.
Tenaga pengajar :
  • Institusi keluarga – ibu bapa mengajar adat resam,undang-undang,  petanian, dan perniagaan
  • Zaman Empayar – guru-guru – diberi kebebasan dalam P&P. Dibayar gaji bulanan  100,000 dinar pada zaman vespacian
Kesimpulan:
  1. Tamadun Rom mengalami perkembangan pesat dalam sistem pendidikan akibat kemunculan institusi pendidikan.
  2. Pada zaman empayar pemerintah mengalakkan system pendidikan. Kesannya dapat melahirkan ahli-ahli falsafah dan sejarawan.