Sunday, 12 March 2017

Kajian Kolej Komuniti: HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN SERVANT, PENGLIBATAN KERJA DAN TANGGAPAN SOKONGAN ORGANISASI DENGAN TINGKAHLAKU WARGA KERJA DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN SERVANT, PENGLIBATAN KERJA DAN TANGGAPAN SOKONGAN ORGANISASI  DENGAN TINGKAHLAKU WARGA KERJA DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN
Fuahaidi Bin Zulkifli 1 , Syakirah Binti Ibrahim 2 dan  Saiful Azley Bin Samsudin 3
Kolej Komuniti Bandar Darulaman1 , Kolej Komuniti Araudan Kolej Komuniti Arau
     edizul64@yahoo.com.my1,  syakirah8826@gmail.com2 dan saifulazley@yahoo.com3


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi warga kerja terhadap tahap amalan gaya kepimpinan servant yang diamalkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Selain itu, melalui kajian ini pengkaji juga melihat tahap penglibatan kerja dan tanggapan sokongan organisasi dengan tingkahlaku warga kerja di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.  Secara khususnya, kajian ini mempunyai empat objektif iaitu : (i) tahap gaya kepimpinan servant di Kolej Komuniti Bandar Darulaman; (ii) tahap penglibatan kerja, tanggapan sokongan organisasi dan tingkahlaku warga kerja di Kolej Komuniti Bandar Darulaman; (iii) hubungan antara kepimpinan servant, penglibatan kerja, tanggapan sokongan organisasi dengan tingkahlaku warga kerja di Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan (iv) perbezaan tingkahlaku warga kerja dalam kalangan staf Kolej Komuniti Bandar Darulaman berdasarkan faktor demografi (jantina dan tahun berkhidmat). Seramai 107 responden iaitu staf Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah dipilih secara rawak mudah untuk menjawab set borang soal selidik terpiawai yang telah diedarkan oleh pengkaji. Hasil tinjauan borang soal selidik mendapati bahawa gaya kepimpinan servant, penglibatan kerja, tanggapan sokongan organisasi dan tingkahlaku warga kerja adalah berada pada tahap memuaskan. Ujian Kolerasi Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan servant dengan tingkahlaku warga kerja (r = .629, p < .01), terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan kerja dengan tingkahlaku warga kerja (r = .562, p < .01) dan terdapat hubungan yang signifikan antara tanggapan sokongan organisasi dengan tingkahlaku warga kerja (r = .540, p < .01).. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi tingkahlaku warga kerja adalah berada pada tahap yang memuaskan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.


Kata kunci: gaya kepimpinan servant, penglibatan kerja, tanggapan sokongan organisasi, tingkahlaku warga kerja.


ResearcherID:P-9974-2016

http://orcid.org/0000-0002-7707-7511

No comments:

Post a Comment