Pengenalan
·
Yong
Tau Fu adalah sejenis makanan yang berasal daripada kaum Cina.
·
Bermaksud
“Tauhu Yang Dibubuh” kerana asal makanan ini daripada tauhu yang dibubuh dengan
isi ikan atau isi ayam.
·
Kini
dipelbagaikan dengan produk hasilan ikan dan laut yang diproses menjadi bebola,
kek, rol dan sebagainya.
·
Biasanya
dihidangkan bersama kuah manis atau pedas. Ada juga yang dihidangkan bersama
sup.
Resipi 1:
Bebola Ikan
i.
Isi
ikan 300 g
ii.
Tepung
gandum 15 g
iii.
Garam 9 g
iv.
MSG 1.5 g
v.
Air 90 g
Kaedah
Bebola Ikan
1. Hancurkan isi ikan.
2. Gaul isi ikan dengan garam, tepung
dan MSG sehingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan
gaul rata (air tidak perlu dihabiskan sekiranya adunan telah lembut).
4. Bentukkan adunan mengikut bentuk yang
dikehendaki.
5. Rebus dalam air mendidih atau gorang
sehingga masak.
Resipi 2:
Kek Ikan
i.
Isi
ikan 300 g
ii.
Tepung
gandum 15 g
iii.
Garam 9 g
iv.
MSG 1.5 g
v.
Air 90 g
Kaedah Kek
Ikan
1. Hancurkan isi ikan.
2. Gaul isi ikan dengan garam, tepung
dan MSG sehingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan
gaul rata (air tidak perlu dihabiskan sekiranya adunan telah lembut).
4. Bentukkan adunan menggunakan acuan
kek ikan.
5. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk
selama 15 minit untuk mengekalkan bentuknya.
6. Goreng sehingga masak (kuning
keemasan).
Resipi 3:
Rol Ikan Sayuran
i.
Isi
ikan 300 g
ii.
Tepung
gandum
15 g
iii.
Garam 9 g
iv.
MSG 1.5
g
v.
Lada
sulah 3 g
vi.
Cendawan
Shitake (dikisar halus) 10 g
vii.
Lobak
merah (dikisar halus) 10 g
viii.
Air
90 g
Kaedah Rol
Ikan Sayuran
1. Hancurkan isi ikan.
2. Gaul isi ikan dengan garam, tepung,
lada sulah, cendawan, lobak merah dan MSG sehingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan
gaul rata (air tidak perlu dihabiskan sekiranya adunan telah lembut).
4. Bentukkan adunan menjadi rol ikan
(seperti keropok lekor).
5. Rebus sehingga masak
Resipi 4:
Tauhu Sumbat Ikan
i.
Isi
ikan 200
g
ii.
Tepung
gandum 10 g
iii.
Garam 6 g
iv.
MSG 1 g
v.
Cili
merah (dikisar halus) 5 g
vi.
Tauhu
goreng 15 biji
vii.
Air
60 g
Kaedah Tauhu
Sumbat Ikan
1. Hancurkan isi ikan.
2. Kosongkan bahagian dalam tauhu.
3. Gaulkan isi ikan, isi tauhu, garam,
tepung gandum, cili merah dan MSG sehingga sebati.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit dan
gaul rata (air tidak perlu dihabiskan sekiranya adunan telah lembut).
5. Masukkan adunan isi ikan ke dalam
tauhu sehingga padat.
6. Rebus sehingga masak.
Resipi 5:
Cili Sumbat Ikan
i.
Isi
ikan 100
g
ii.
Tepung
gandum 5 g
iii.
Garam 3 g
iv.
MSG
0.5 g
v.
Cili
merah (dibelah tengah dibuang biji) 5-10
biji
vi.
Air
30 g
Kaedah Cili
Sumbat Ikan
1. Hancurkan isi ikan.
2. Kosongkan bahagian dalam cili.
3. Gaul isi ikan, garam, tepung gandum,
dan MSG sehingga sebati.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit dan
gaul rata (air tidak perlu dihabiskan sekiranya adunan telah lembut).
5. Masukkan adunan isi ikan ke dalam
cili sehingga padat.
6. Rebus sehingga masak.
Resipi 6:
Kuah Yong Tau Fu
i.
Cili
kering 10
tangkai
ii.
Gula
melaka/gula merah 500
g
iii.
Bijan
goreng 100
g
iv.
Gula
(kalau kurang manis) 100
g
v.
Garam 10
g
vi.
Belacan 10
g
vii.
Air 500
ml
viii.
Minyak 1
sudu besar
ix.
Tepung
jagung (dibancuh dengan 50 ml air) 1
½ sudu besar
Kaedah
1. Basuh cili kering dan goreng sehingga
garing.
2. Kisar cili kering bersama belacan
sehingga halus denga sedikit air.
3. Dalam periuk berasingan, larutkan air
dan gula merah.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar ke
dalam periuk. Biarka sehingga mendidih.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung.
Kacau sehingga kuah agak pekat.
Cadangan
hidangan
1. Celurkan semula produk-produk yang
dihasilkan sehingga lembut. Potong kecil setiap produk.
2. Celur bersama kangkung, sotong
kembang, telur puyuh dan lain-lain yang bersesuaian.
3. Hidangkan bersama kuah yang ditabur
dengan bijan goreng atau kacang tumbuk.
SELAMAT MENCUBA