5.1 Bentuk dan ciri perniagaan
i.
Milikan Tunggal
ii.
Perkongsian
iii.
Syarikat
Sendirian Berhad
iv.
Syarikat Awam
Berhad
A) Milikan Tunggal
1. Definisi : Pembentukan
milikan tunggal ditubuhkan oleh orang perseorangan dan dimiliki oleh individu
persendirian.
2. Ditubuhkan dibawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 198)
3. Didaftarkan dengan
Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat lessen
perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan.
4. Contoh :
·
Syarikat Bersatu
Jaya
·
Jiwa Jiwa Enterprise
·
Excel Resources
·
Cari Makan
Trading
4. Pemilik biasanya dibantu
oleh ahli keluarga atau rakan rapat.
5. Modal :
·
Diperoleh
daripada simpanan sendiri
·
Dipinjam daripada
saudara mara atau rakan-rakan
·
Dipinjam daripada
bank
6. Liabiliti tidak terhad –
Pemilik menaggung kerugian atau liability, bermaksud apabila perniagaan
mengalami kerugian, harta benda peribadi digunakan untuk melangsaikan hutang
atau kerugian.
7. Agihan Keuntungan – Segala
keuntungan adalah dimiliki pemiliknya sendiri.
- Sama seperti kerugian.
8. Cukai – Cukai atas
keuntungan adalah tertakluk kepada cukai pendapatan perseorangan.
B) Perkongsian
1. Satu bentuk perniagaan
terdiri daripada 2-20 orang.
2. Contoh :
·
Klinik Mansor dan
rakan-rakan
·
Jalani and
Associates
·
Syaman and
partners Peguambela Peguamcara
3. Terbahagi kepada 2 jenis
:-
1.
Perkongsian Biasa
– Semua rakan kongsi tanggung liability tidak terhad
2.
Perkongsian
Terhad – Sekurang-kurangnya seorang menaggung liability tidak terhad.
4. Perkongsian Biasa
a.
Rakan kongsi
aktif
·
Melabur modal
dalam perniagaan
·
Aktif dalam
pengurusan perniagaan
b. Rakan kongsi lelap
·
Melabur modal dan
berhak mendapat keuntungan
·
Tidak aktif dalam
pengurusan
c. Rakan kongsi namaan (norminal)
·
Namanya digunakan
dalam perniagaan
·
Tidak melabur
dalam perniagaan
·
Tidak berhak ke
atas keuntungan
·
Mempunyai
liability dalam perkongsian.
5. Ciri-ciri Perniagaan
Perkongsian
a)
Liabiliti – tidak
terhad kecuali rakan kongsi terhad
b)
Agihan keuntungan
– mengikut ikatan/perjanjian perkongsian
- mengikut modal yang
disumbangkan ahli
c)
Cukai – Tertakluk
kepada cukai pendapatan perseorangan.
d)
Milikan – 2
hingga 20 orang
e)
Modal –
Disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut ikatan perjanjian perkongsian.
f)
Pengurusan –
Diurus oleh salah seorang rakan kongsi aktif yang dibayar gaji mengikut ikatan
perkongsian.
g)
Pembentukan
perniagaan – Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
C) Syarikat Sendirian Berhad
1. Ditubuhkan oleh 2 – 50
orang pemegang saham biasa berbentuk modal.
2. Syarikat mempunyai
perkataan ‘Sendirian Berhad @ Sdn. Bhd.’
3. Contoh :
- Cari Untung Sendirian Berhad
- Farmasi Anda Sdn. Bhd.
4. Saham syarikat tidak
dijual kepada orang ramai tetapi dimiliki oleh sekumpulan orang terdiri daripada
rakan-rakan atau/dan ahli keluarga.
5. Tidak boleh menjual syer
dipasaran terbuka oleh itu akaun syarikat tidak perlu disebarkan kepada orang
awam.
6. Ciri-ciri syarikat Sdn.
Bhd.
a) Milikan : 2 – 50 orang pemegang saham
b) Modal : dikumpul daripada pemegang saham
c) Pengurusan : Lembaga pengarah yang dilantik di
dalam mesyuarat agung tahunan yang dihadiri oleh semua pemegang saham.
d) Penubuhan perniagaan : Pendaftar Perniagaan,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965.
e) Liabiliti terhad : Bergantung kepada jumlah modal
yang dilaburkan
f) Agihan keuntungan : Berbentuk dividen dan dibayar
kepada pemegang saham.
g) Cukai : dikenakan cukai syarikat pada kadar 28%
pada keuntungan sebelum cukai.
D) Syarikat Awam Berhad
1. Pemegang saham minimum ialah 2 orang tetapi tiada had
maksimum bilangan pemegang saham.
2. Pada pengenalan syarikat
mempunyai perkataan ‘Berhad @ Bhd’
3. Cth :
·
Public Bank
Berhad
·
Kurnia Insurans
Berhad
·
Tenaga Nasional
Berhad
4. Saham syarikat boleh
dijual beli di pasaran saham.
5. Akaun tahunannya diumumkan
kepada orang ramai.
6. Ciri-ciri perniagaannya
ialah :-
a.
Milikan : Pemegang saham ( 2 – tidak terhad
jumlahnya)
b.
Modal : Dikumpul daripada hasil saham yang dijual
kepada orang awam.
c.
Pengurusan :
Dilakukan oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham ketika
mesyuarat agung tahunan.
d.
Pembentukan
perniagaan : Didaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM)
e.
Liabiliti :
Liabiliti terhad bergantung kepada jumlah saham yang dilaburkan.
f.
Agihan keuntungan
: diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen
g.
Cukai : dikenakan
cukai syarikat pada kadar 28% terhadap keuntungan sebelum cukai.
5.1.2 Kebaikan
dan Keburukan
A) Kebaikan dan keburukan Milikan Tunggal
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Mudah untuk ditubuhkan
|
Tanggungan tidak terhad
iaitu liability tidak terhad.
|
Keuntungan hak mutlak
pemilik
|
Tidak mempunyai
kesinambungan – tiada jaminan perniagaan akan berterusan
|
Bebas membuat keputusan dan
menguruskan perniagaan
|
Modal terhad
|
Secara relatif bebas dari
kawalan kerajaan
|
Tiada pembahagian kerja
|
Bebas dari dikenakan cukai
perniagaan syarikat
|
Kurang mendapat kepercayaan
bank.
|
Pandangan dan pengalaman
yang terhad
|
B) Kebaikan dan keburukan Perkongsian
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Mudah untuk ditubuhkan
|
Tanggungan tidak terhad
iaitu liability tidak terhad.
|
Modal lebih banyak
|
Tiada jaminan perniagaan
akan berterusan kerana jika rakan kongsi meniggal dunia, tidak siuman, atau
bankrap maka perkongdian terpaksa dibubarkan
|
Berkongsi kepakaran –
memudahkan perkembangan dan kemajuan
|
Modal terhad berbanding
dengan syarikat
|
Secara relatif bebas dari
kawalan kerajaan
|
Tindakan seseorang
membabitkan semua
|
Bebas dari dikenakan cukai
perniagaan syarikat
|
Kemungkinan berlaku pertelingkahan.
|
Risiko perniagaan dapat
disebarkan
|
Pandangan dan pengalaman
yang terhad
|
C) Kebaikan dan keburukan Syarikat Sendirian Berhad
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Pembetukan lebih mudah dan murah berbanding syarikat
awam berhad
|
Modal terhad berbanding syarikat
awam berhad
|
Hal ehwal syarikat
dirahsiakan
|
Tawaran dan pindah milik
syarikat terhad
|
Liabiliti terhad
|
Kawalan dan milikan
terpisah
|
Perniagaan berterusan
|
Beban cukai yang berat
|
Modal Besar
|
Perbelanjaan organisasi
yang besar
|
Peraturan kerajaan yang
banyak serta birokrasi.
|
D) Kebaikan dan keburukan Syarikat Awam Berhad
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Menikmati ekonomi hidangan
|
Pembentukannya rumit
|
Saham mudah bertukar tangan
|
Hal ehwal syarikat terdedah
|
Liabiliti terhad
|
Kawalan dan milikan terpisah
|
Perniagaan berterusan
|
Beban cukai yang berat
|
Mudah mendapat modal
|
Pengurusan lebih rumit
|
Peraturan kerajaan yang
banyak serta birokrasi.
|
5.2
Memulakan Perniagaan
5.2.1
Alternatif
memulakan perniagaan

A) Memulakan perniagaan
sendiri
i.
Seseorang
boleh menubuhkan perniagaan sendiri jika mempunyai hobi tertentu yang mungkin
boleh dikembangkan menjadi sebuah perniagaan. Contohnya seseorang yang gemar
menanam orkid pada masa lapang boleh menukar hobi tersebut menjadi perniagaan
ii.
Seseorang
yang minat dalam bidang perniagaan boleh mengenalpasti peluang perniagaan yang
wujud di sekelilingnya.
iii.
Untuk
memulakan perniagaan sendiri seseorang itu harus mempunyai minat, kebolehan,
modal, pengalaman dan pengetahuan yang cukup.
iv.
Hal
ini penting kerana selain mendirikan premis sendiri, serta membeli stok barang
yang diperlukan, seseorang itu harus mewujudkan nama baik perniagaan dan perlu
menarik pelanggan untuk datang ke kedainya.
Kelebihan dan kelemahan Start-up
Kelebihan
|
Kelemahan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
B) Membeli perniagaan
yang telah wujud
i.
Seseorang
usahawan boleh memulakan perniagaan dengan mengambilalih perniagaan orang lain.
Mengambilalih bermakna membeli perniagaan yang telah wujud dan mengambilalih
pentadbiran serta pengurusannya daripada pemilik lama.
ii.
Usahawan
bukan sahaja mengambilalih aset
perniagaan tetapi jaga mengambilalih tanggungan atau liabiliti perniagaan
berkenaan.
iii.
Pengambilalihan
perniagaan adalah cara yang paling mudah dan ringkas untuk memulakan perniagaan
kerana perniagaan itu sudah mempunyai rangkaian pelanggan, struktur organisasi
dan pentadbiran serta jaringan pembekal.
iv.
Namun
sebelum mengambilalih sesuatu perniagaan itu, usahawan perlu mengenalpasti
bahawa perniagaan itu berpotensi maju dan dapat terus berkembang.
v.
Kelebihan
yang dapat diwarisi daripada pengambilalihan disebut “muhibah” (good will)
vi.
Pengambilalihan
biasanya berlaku dengan perniagaan yang sama jenis kerana dapat memudahkan
pengurusan dan dapat mengembangkan perniagaan.
Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada
Terdapat 10 kelebihan membeli syarikat yang sedia ada.
1. Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) –
sebahagian kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.
2. Mudah memperolehi
pinjaman (Easier financing) – mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat
tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.
3. Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) –
inventori dan senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan
pada hari pertama perniagaan diambil alih.
4. Pasaran untuk produk atau
perkhidmatan telah sedia ada.
5. Pengguna sedia ada (existing customers) –
mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi
kepada pemberi modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.
6. Pelan perniagaan dan
kaedah pemasaran telah sedia ada.
7. Para pekerja sedia ada
(asal) telah mempunyai pengalaman.
8. Banyak masalah yang telah
dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.
9. Boleh menjual semula
perniagaan tersebut.
10. Persaingan yang kurang (Less competition) –
membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda
membuka perniagaan dari mula.
Kelemahan Membeli
Syarikat Sedia Ada
Terdapat 7 kelemahan membeli syarikat yang sedia ada.
11. Harga (cost) – usahawan selalunya perlu melabur sejumlah
wang yang banyak sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran
khidmat pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan
sebagainya.
12. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang
(neglected), usahawan terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat
untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.
13. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Usahawan perlu menghormati
atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani
oleh pemilik yang lama.
14. Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan
tersebut yang tidak kelihatan semasa proses membelinya. Usahawan perlu
mengetahui kenapa pemilik hendak menjual syarikat tersebut.
15. Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Usahawan mungkin bertengkar
atau tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.
16. Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin
telah lama (tidak boleh dipakai lagi)
17. Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yang
ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.
C) Mewarisi perniagaan
i.
Usahawan
hanya perlu menyambung dan mengembangkan perniagaan yang diwarisinya.
ii.
Meneruskan
perniagaan dengan cara ini adalah amat mudah kerana struktur pentadbiran sudah
sedia wujud dan perniagaan juga telah mempunyai pelanggan tetapnya.
D) Francais
(a) Definasi Franchising
Franchise merupakan aturan (perjanjian) di
mana pemilik asal (franchisor) membenarkan tanda perniagaan (trademark), nama
perniagaan atau hak cipta milik mereka untuk digunakan dan dijual barangan atau
perkhidmatan oleh francisee.
(b) Kelebihan Franchising
(i)
Latihan
dan Asuhan/panduan (Training
& Guidance)
Kelebihan pembelian francais jika dibandingkan
dengan memulakan perniagaan baru atau membeli perniagaan sedia ada adalah
latihan dan panduan yang akan diberikan kepada pembeli francais (francisee).
(ii)
Jenama
yang sudah terkenal
(Brand-Name Appeal)
Individu yang membeli franchise nasional yang
telah dikenali, terutama yang besar dan ternama akan mempunyai peluang yang
sangat baik untuk berjaya. Orang lebih suka membeli produk atau perkhidmatan
dari franchise terkenal daripada membeli di kedai yang kurang dikenali
jenamanya.
(iii)
Bukti-bukti
kejayaan (Proven Track
Record) – Franchisor yang sedia ada telah terbukti berjaya. Sebagai sebuah
organisasi, mereka telah berada dipasaran sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga
10 tahun dan mempunyai lebih dari 50 buah kedai (francais). Oleh itu, sudah
terbukti kejayaannya apabila semua kedai melapurkan laporan kewangan yang
memberansangkan.
(iv)
Bantuan
Kewangan – Franchise adalah
pelaburan yang baik kerana franchisor boleh membantu bakal pemilik untuk
memperolehi bantuan kewangan untuk menjalankan operasi perniagaan. Malah
terdapat franchisor yang mengeluarkan modal mereka dahulu dan franchisee hanya
perlu membayar setelah operasi perniagaan telah berjalan dengan baik. Dengan
kata lain, membeli franchise adalah satu cara yang baik untuk memperolehi
bantuan kewangan.
(c) Kelemahan Franchising
(i)
Yuran
Franchise
Tidak ada yang percuma di dunia ini. Semakin
berjaya franchisor, maka yuran semakin tinggi. Yuran franchise nasional boleh
mencecah dari RM 5K sehingga RM100K.
Franchise yang kecil mungkin mengenakan bayaran yang murah. Franchisee juga
harus mengeluarkan modal untuk bangunan dan produk untuk disimpan. Franchisee
perlu membayar royalti yang berterusan mengikut hasil jualan pada kadar 5
sehingga 12%. Selalunya franchisee perlu ada 25% sehingga 50% wang tunai
sebagai permulaan perniagaan dan bakinya boleh dipinjam dari organisasi
tersebut. Kos untuk francishing termasuklah perbelanjaan:
Ø Yuran franchising
Ø Insuran
Ø Membuka produk inventori
Ø Perbaikan reka bentuk dan penyewaan (remodelling
& leasehold)
Ø Bayaran utiliti, gaji, hutang servis
Ø Bayaran penyimpan kira-kira dan akaun, yuran
guaman dan para profesional
Ø Lesen kerajaan setempat dan negeri
Ø Permit dan sijil kebenaran
(ii)
Dikawal
oleh Franchisor (Franchisor
Control)
Dalam sebuah organisasi yang besar, syarikat
mengawal semua aktiviti para pekerja. Situasi yang sama juga berlaku pada
syarikat kecil. Sekiranya individu membuka syarikat perniagaan sendiri, ia
berkuasa penuh untuk menjalankan segala aktiviti yang ingin dilakukan. Franchisor
mengawal operasi untuk memastikan keseragaman boleh dicapai. Sekiranya usahawan
tidak mengikut arahan, lesen franchise tidak akan disambung semula selepas
tamat kontrak.
(iii)
Janji
tidak dipenuhi (Unfulfilled
Promises)
Ada sesetengah kes, franchisor yang kurang
nama, para franchisee (usahawan) ini tidak memperolehi apa yang dijanjikan.
Banyak franchisees mendapati jenama tersebut gagal menarik perhatian pelanggan.
Malah terdapat banyak bantuan yang dinyatakan dalam perjanjian tidak
ditunaikan.
D) Diundang sebagai
rakan kongsi atau pemegang syer
- Usahawan
diundang untuk melabur dalam perniagaan yang telah sediaada atau melabur
untuk modal bagi perniagaan yang baru ditubuhkan.
- Sebagai
pemegang syer, usahawan akan mendapat pulangan jika perniagaan itu mendapat
keuntungan.
- Terdapat
juga usahawan yang memegang jawatan dan terlibat dalam pengurusan syarikat
yang dilaburnya.